Page 16 - tmp
P. 16
pelajar lain dan merosakkan harta benda sekolah. Sikap membiarkan sahaja atau tidak ambil tahu
adalah dianggap sebagai mengabaikan tanggungjawab dan menjadi satu kesalahan tatatertib.
1.29 Guru-guru hendaklah bersikap adil kepada semua pelajar pada setiap masa dan ketika.
Sikap pilih kasih, membenci atau mendiskriminasi pelajar-pelajar adalah tidak diterima di sekolah
ini dan bertentangan pula dengan Etika Perguruan.
1.30 Jangan sekali-kali meninggalkan kelas, makmal atau bengkel tanpa diawasi. sekiranya
tidak dapat dielakkan, minta kerjasama guru di kelas sebelah atau guru-guru lain. Guru-
guru bengkel hendaklah sentiasa berhati-hati mengawasi pelajar-pelajar yang sedang
bekerja. Pastikan semua pelajar memakai pakaian bengkel dan sentiasa mematuhi
langkah-langkah keselamatan semasa berada di bengkel dan makmal.
1.31 Apabila loceng waktu akhir dibunyikan, guru-guru yang berada dalam kelas, makmal dan
bengkel hendaklah mengarahkan pelajar-pelajar membersihkan kelas dan beratur sebelum
membenarkan mereka bergerak balik. Jangan tamatkan kelas lebih awal daripada sepatutnya atau
membenarkan pelajar keluar sebelum loceng akhir dibunyikan.
1.32 Memenuhi segala kehendak Dasar Pendidikan Negara dan menggunakan sepenuhnya
kemahiran dan pengalaman yang diperolehi semasa mengikuti latihan penguruan adalah menjadi
tugas dan tanggungjawab setiap guru. Ini bermakna setiap pengajaran hendaklah dirancang
supaya dapat memenuhi aspirasi pelajar-pelajar dan bukan dibuat sambil lewa tanpa persediaan.
1.33 Semua latihan dan gerak kerja bertulis yang diberi mestilah diperiksa dan diulas. Buku
Latihan, Buku Nota dan Buku Amali hendaklah dihantar ke pejabat secara bergilir-gilir mengikut
jadual untuk semakan Guru Besar
PERATURAN KHUSUS DAN HURAIAN
1.0 PAKAIAN GURU-GURU DI SEKOLAH – SPI Bil. 6/1985
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 6/1985 bertajuk Peraturan Pakaian Guru Di Sekolah/Pensyarah Di Maktab
Perguruan, Politeknik, Lain-lain Pegawai Dan Kakitangan Perkhidmatan Pelajaran Di Pejabat Pelajaran
Daerah Atau Bahagian, Jabatan Pelajaran Negeri Dan Kementerian Pelajaran bertarikh 9 Mei 1985 ada
menyatakan tentang garis panduan pemakaian guru lelaki dan wanita.
Menurut surat pekeliling ini, sebagai golongan pendidik, guru-guru dan lain-lain pegawai perkhidmatan
pelajaran sentiasa mencuri tumpuan pelajar dan masyarakat sama ada di dalam mahupun di luar kawasan
sekolah. Golongan ini sememangnya mempunyai pengaruh yang besar ke atas pendidikan pelajar-pelajar
serta masyarakat. Oleh itu, guru-guru patut mengenakan pakaian yang sesuai dan sewajarnya apabila
bertugas di dalam mahupun di luar sekolah.
Di samping mengenakan pakaian yang kemas dan bersih, guru-guru perlulah memakai pakaian yang
bersesuaian seiring dengan profesion sebagai seorang pendidik. Ini adalah kerana pakaian melambangkan
disiplin dan imej profesion perguruan itu sendiri.
Oleh itu, berikut adalah peraturan pakaian yang telah ditetapkan:
1) Sewaktu Bertugas di Bilik Darjah
Guru Lelaki
i - Seluar panjang dan berbaju kemeja (digalakkan bertali leher) atau 'bush-jacket' atau 'lounge suit'. Jika
berlengan panjang, tangan baju itu hendaklah jangan dilipatkan. Baju hendaklah dimasukkan ke dalam.
ii - Kasut kulit atau lain-lain kasut yang sejenis dengannya.
iii - Pakaian baju melayu lengkap dengan samping, atau pakaian baju yang mirip dalam potongan baju
melayu dan dipakai dengan seluar panjang.
15

