Page 15 - tmp
P. 15

pejabat.  Sebelum bercuti atau berpindah sekolah, semua urusan yang berkaitan
                       hendaklah diselesaikan terlebih dahulu.

               1.15    Guru-guru yang bertanggungjawab dalam pengurusan stok dan inventori hendaklah
                       sentiasa mengemaskini stok di bawah jagaannya. Verifikasi stok  hendaklah dijalankan
                       sepertimana yang dijadualkan.

               1.16     Semua guru dikehendaki mematuhi Pekeliling Kementerian Pendidikan 256 bila
                       melengkapkan Buku Persediaan Mengajar.

               1.17    Guru-guru tidak dibenarkan mengadakan apa-apa upacara atau majlis tanpa mendapat
                       kebenaran daripada Guru Besar/Pengetua terlebih dahulu.

               1.18     Semua aktiviti sekolah yang melibatkan pelajar keluar dari kawasan sekolah, hendaklah
                       terlebih dahulu mendapatkan kebenaran secara bertulis daripada ibubapa/penjaga.

               1.19     Guru mestilah mempunyai sikap proaktif, daya kreativiti dan berinovasi secara menyeluruh
                       dalam semua aspek.

               1.20    Semua guru  kelas dikehendaki  mengambil kehadiran/kedatangan pelajarnya pada setiap
                       hari persekolahan  sebelum waktu kedua. Buku jadual kedatangan hendaklah sentiasa
                       berada di pejabat  pentadbiran sekolah. Guru kelas hendaklah menghubungi ibu/bapa
                       pelajar yang tidak hadir secepat mungkin.

               1.21    Guru kelas dikehendaki sentiasa mengemaskini segala butiran yang terdapat dalam buku
                       jadual kedatangan pelajar. Penyelaras Kelas  akan  membuat  semakan dari masa ke
                       semasa.

               1.22     Perhimpunan pagi harian dan perhimpunan mingguan adalah upacara rasmi sekolah.
                       Semua guru adalah diwajibkan hadir di tempat  yang disediakan. Telefon bimbit hendaklah
                       “dimatikan” ATAU “ Mod Senyap”

               1.23     Guru bertugas  mingguan  hendaklah  mencatatkan  segala aktiviti atau peristiwa yang
                       berlaku sepanjang minggu di dalam  Buku Laporan  Bertugas. Buku   tersebut hendaklah  ditulis
                       dan  disimpan  di  pejabat  sekolah  setiap  hari  bagi  tujuan  pemantauan  oleh  pihak  pengurusan
                       sekolah.

               1.24     Semua guru diharapkan dapat mematuhi segala arahan / peraturan bagi mewujudkan
                       suasana yang harmoni dan selesa. Adalah diharapkan semua guru dapat melahirkan
                       budaya kerja cemerlang bagi meningkatkan prestasi diri, sekolah, masyarakat dan negara.

               1.25    Guru-guru perlu  memastikan kebersihan kelas terlebih dahulu sebelum memulakan
                       pengajaran dan pembelajaran.

               1.26     Guru-guru tidak dibenarkan berurusan dengan individu-individu, kumpulan atau syarikat-
                       syarikat tertentu tanpa kebenaran daripada Guru Besar.

                       PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

               1.27    Guru-guru yang mengajar dikehendaki hadir tepat pada waktunya dan kalau boleh lebih
                       awal apabila pertukaran waktu berlaku.  Keadaan ini membolehkan kelas berkenaan terus
                       terkawal.  Guru-guru tidak dibenarkan mengarah pelajar-pelajar keluar untuk sesuatu tujuan yang
                       bukan berkaitan dengan pelajaran pada waktu pengajaran dan pembelajaran


               1.28     Kelas mesti berada dalam suasana yang tenteram, baik dan terkawal sebelum pengajaran
                       dan pembelajaran bermula dan terus berkeadaan demikian sehingga tamat.  Bertindak dengan
                       segera ke atas pelajar-pelajar yang tidak memberi perhatian penuh, membuat bising, mengganggu


                                                              14
   10   11   12   13   14   15   16   17   18   19   20