Page 19 - tmp
P. 19
a) membuat apa-apa pernyataan awam yang boleh memudaratkan berhubungan
dengan apa-apa dasar, program atau keputusan Kerajaan di atas apa-apa isu;
b) memberi apa-apa maklumat fakta berhubung dengan jabatannya ; atau
c) memberikan apa-apa penjelasan berkenaan dengan apa-apa insiden atau laporan
berhubung dengan jabatannya, dan dia juga tidak boleh mengedar / menyebar apa-apa
pernyataan, maklumat atau penjelasan, sama ada yang dibuat olehnya atau mana-mana
orang lain, kecuali dengan kebenaran bertulis terlebih dahulu, sama ada secara am atau
khusus daripada Menteri yang bertanggungjawab bagi Kementerian atau jabatan di mana
dia sedang berkhidmat.
3.2 Selain daripada kebenaran Ketua Jabatan, seorang pegawai tidak boleh, sama ada secara
lisan atau bertulis atau dengan apa-apa cara lain, membuat apa-apa pernyataan awam yang
memudharatkan mana-mana dasar, program atau keputusan Kerajaan atau yang boleh
memalukan Kerajaan, atau membuat apa-apa ulasan mengenai kebaikan atau kelemahan mana-
mana dasar, program atau keputusan Kerajaan atau mengedar/menyebar apa-apa
pernyataan sedemikian, sama ada yang dibuat olehnya atau oleh mana-mana orang lain.
3.3 Peraturan 4.2 tidaklah terpakai bagi apa-apa pernyataan awam yang dibuat atau yang
diedarkan/sebarkan jika kandungan pernyataan itu telah diluluskan oleh Menteri.
3.4 Bagi maksud peraturan ini, “Pernyataan Awam” termasuklah apa-apa pernyataan atau
ulasan yang dibuat kepada akhbar atau kepada orang ramai atau semasa memberi
syarahan awam atau ucapan awam atau mana-mana penyiaran melalui bunyi atau penglihatan
atau kedua-duanya.
3.5 Melainkan kebenaran ketua Jabatan, seseorang pegawai tidak boleh membincang dengan
terbuka kepada awam apa-apa langkah rasmi yang diambil oleh pegawainya dengan lisan
atau bertulis.
4.0 BUKU KEDATANGAN PELAJAR ( Attendance Registers )
4.1 Buku ini adalah satu dokumen rasmi yang penting dan haruslah bebas daripada sebarang
kesalahan. Sebarang kesilapan catatan dalam buku ini hendaklah dipotong dan
ditandatangani oleh guru berkenaan. Guru dilarang menggunakan pemadam (liquid
paper) bagi membetulkan sebarang kesilapan.
4.2 Guru kelas bertanggungjawab menjaga keselamatan dan kesahihan maklumat di Buku
Kedatangan. Butir-butir pelajar dan keterangan yang lain hendaklah dilengkapkan seperti:
a) nama pelajar yang lengkap
b) no. pendaftaran pelajar
c) nama penjaga. pekerjaan, alamat dan no. telefon penjaga yang lengkap
d) analisis dan statistik pada setiap bulan
e) dan lain-lain yang diperlukan
4.3 Kedatangan pelajar hendaklah diambil pada pagi setiap hari. Pelajar tidak dibenarkan
mengambilnya bagi pihak guru.
4.4 Buku ini hendaklah diserahkan kepada pejabat setiap hari sebelum pukul 9.00 pagi. Guru
dilarang membawa buku balik ke rumah atau menyimpan di dalam bilik guru / bilik khas
tanpa kebenaran Guru Besar.
18

