Page 2 - Programme Book International Webinar on Da'wah and Human development (i-WOD 2.0)
P. 2

WELCOMING NOTE


             YB Senator Tuan Haji Idris Bin Ahmad

             Minister in the Prime Minister's Department (Religious Affairs) MALAYSIA

             Alhamdulillah, kita dapat bersama dalam satu majlis ilmu hari ini secara maya.

             Webinar ini difahamkan akan membicarakan isu agama yang mendasari majoriti rakyat Malaysia, Indonesia
             dan Brunei yang beragama Islam serta negara lain yang perlu ditangani dengan sebaiknya. Di samping itu
             kita tidak melupakan juga hak bagi rakyat bukan Islam yang turut diberikan sesuai dengan peruntukan
             perlembagaan sedia ada.

                    Saya melihat isu membangun pendakwah profesional sebagaimana yang dibincangkan dalam webinar
             ini merupakan satu gagasan bagi membentuk personaliti pendakwah yang membawa imej yang bersih
             serta mampu membawa paradigma baharu dalam hal ehwal agama Islam. Kita tidak mahu isu picisan

             berkaitan dengan segelintir pendakwah yang telah menitikkan nila telah merosakkan nama baik
             pendakwah yang lain. Hal ini kerana tugas dakwah bukanlah tugas yang mudah dan memerlukan komitmen
             yang tinggi dalam diri pendakwah. Tugas profesional ini memerlukan pendekatan, gaya dan strategi yang
             sistematik agar mampu memperlihatkan Islam sebagai agama yang membawa rahmah kepada seluruh
             ummah.

                    Harapan saya adalah untuk meletakkan kedaulatan agama Islam terus diangkat dan dipelihara,
             manakala isu-isu picisan yang merugikan agama Islam akan segera ditangani dengan sebaiknya. Oleh itu
             Dasar inisiatif 5 Mantap diperkenalkan iaitu berkaitan dengan pemantapan mental, jasmani dan rohani,
             sistem pendidikan Islam, institusi kekeluargaan, sosial dan komuniti Islam, institusi masjid dan surau serta
             sosio ekonomi ummah akan menjadi teras dalam tema pentadbiran hal ehwal Islam negara iaitu, ‘Bersama
             Agensi Islam Menyantuni Keluarga Malaysia Mendepani Covid-19’. Mudah-mudahan kita semua akan segera
             selamat dan pandemik Covid 19 akan segera berakhir agar umat Islam boleh menjalani kehidupan seperti
             sedia kala.

                    Akhirnya, saya mengucapkan selamat berwebinar dan menjadikan majlis Ilmu ini sebagai jambatan

             perhubungan yang baik umat Islam di peringkat antarabangsa.

             Sekian, terima kasih.
   1   2   3   4   5   6   7