Page 4 - Programme Book International Webinar on Da'wah and Human development (i-WOD 2.0)
P. 4

WELCOMING NOTE


         HJ NASRUDIN BIN HASSAN, YDP Yayasan Dakwah Islam Malaysia


         ALHAMDULILLAH, segala puji dan kesyukuran dirafak ke hadrat Allah SWT atas pelbagai nikmat tidak terhitung
         yang dikurniakan kepada setiap makhluk. Selawat dan salam ke atas junjungan mulia, Rasulullah SAW, keluarga
         serta para sahabat Baginda.
                 Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Sektor Penyelidikan, Penerbitan dan Antarabangsa
         Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) dan Akademik Pengajian Islam Universiti Malaya (UM) kerana

         berjaya menganjurkan Program “International Webinar On Dakwah and Human Development” pada tahun ini.
         Pada asasnya Islam merupakan agama dakwah yang banyak mengajar dan membimbing masyarakat tentang
         kebenaran dan kebaikan untuk diamalkan dalam seluruh kehidupan. Pelaksanaan dakwah Islamiah pada masa
         kini perlu mencakupi pelbagai aspek teknologi maklumat yang semakin pesat dalam mendepani arus
         globalisasi.
                 Program dakwah dan pengajaran agama perlu menjurus kepada tema ke arah keperluan masyarakat
         masa kini bagi memudahkan saluran maklumat sampai kepada golongan sasaran secara lebih berkesan. Bagi
         mewujudkan suasana tersebut, perlu kepada sumber dan daya kekuatan yang berketerampilan dalam aspek

         pelaksanaan dakwah selain daie yang hebat, berkualiti dan profesional dalam setiap aspek. Dalam melahirkan
         pendakwah yang setanding dalam abad ke-21, kita perlu melahirkan tekno daie yang berperanan sebagai agen
         sosial yang sentiasa meluaskan perhubungannya dalam media sosial tanpa mengira lapisan masyarakat. Hal ini
         menunjukkan bahawa tekno daie perlu terkehadapan melalui medium-medium komunikasi terkini.Terutamanya
         ketika negara kini sedang dilanda wabak pandemik COVID-19.
                 Oleh itu, media sosial merupakan media dakwah terpenting masa kini disebabkan masyarakat tidak
         boleh melakukan aktiviti secara bersemuka. Justeru, para pendakwah atau tekno daie tidak boleh merosakkan
         penggunaan media sosial kini pada aktiviti yang bercanggah dengan syariat Islam sehingga boleh menimbulkan
         fitnah kepada Islam.
                 Akhir Kalam, saya mendoakan agar Seminar ini dapat dilaksanakan dengan jayanya. Di sini kita
         berkumpul dan berkongsi ilmu yang ada bagi mengembalikan sinar pendakwah yang meneruskan legasi

         perjungan Baginda Rasulullah SAW. Ini kerana dakwah pada hakikatnya merupakan manifestasi suatu sistem
         manusia yang beriman yang dilakukan secara teratur dalam masyarakat, sekaligus mempengaruhi cara berfikir
         sosial-masyarakat dalam rangka melestarikan gerakan dakwah.
   1   2   3   4   5   6   7   8   9