Page 218 - BT BIOLOGI TINGKATAN 5 - DIGITAL PUBLICATION
P. 218

Kelestarian Alam Sekitar  10




                10.1    Tahap Keperluan Oksigen Biokimia (BOD) dalam Sampel Air yang Berbeza


                    Pernyataan masalah
                    Sampel air manakah mempunyai tahap BOD tertinggi?
                    Tujuan
                    Membanding tahap keperluan oksigen biokimia (BOD) dalam pelbagai sampel air
                    Hipotesis
                    Sampel air longkang mempunyai tahap BOD yang paling tinggi.
                    Pemboleh ubah
                    Pemboleh ubah dimanipulasikan: Sampel air
                    Pemboleh ubah bergerak balas: Tahap BOD
                    Pemboleh ubah dimalarkan: Isi padu air dan isi padu larutan metilena biru
                    Bahan
                    Kertas label, sampel air daripada pelbagai sumber (air paip, air longkang, air sungai, air
                    kolam dan air telaga), air suling, larutan metilena biru 0.1%
                    Radas
                    Botol dan penutup reagen, picagari berjarum 1 ml, jam randik, pen penanda, silinder
                    penyukat
                    Prosedur
                                                                        Picagari


                                                                        1 ml larutan
                                                                        metilena biru 0.1%
                                   Botol reagen
                               250 ml sampel air
                                                 Rajah 10.6 Susunan radas
                                                                                Langkah
                                                                                Langkah
                    1.  Dapatkan lima sampel air dengan 250 ml setiap sampel    Langkah
                                                                                    Berjaga-jaga
                        daripada lima sumber yang berlainan (air paip, air          Berjaga-jaga
                        longkang, air sungai, air kolam dan air telaga).     Pastikan hujung picagari
                    2.  Masukkan setiap sampel air ke dalam botol reagen     dimasukkan ke dasar botol
                        yang berasingan sehingga penuh. Labelkan setiap botol   reagen apabila memasukkan
                        reagen (Rajah 10.6).                                 larutan metilena biru 0.1%.
                    3.  Tambah 1 ml larutan metilena biru 0.1% ke dalam setiap
                        sampel air dengan menggunakan picagari.
                    4.  Tutup botol reagen dengan segera dan simpan di dalam almari gelap. Pastikan botol
                        reagen tidak digoncang.
                    5.  Ulangi langkah 2 hingga 4 dengan menggunakan air suling.
                    6.  Periksa botol-botol reagen setiap satu jam selama 4 jam sehingga warna larutan
                        metilena biru 0.1% menjadi luntur.
                    7.  Rekodkan masa bagi pelunturan warna larutan metilena biru 0.1%.
                    8.  Kadar pencemaran air dikira dengan menggunakan formula:
                                 Kadar                             1
                             pencemaran air  =  Masa pelunturan larutan metilena biru 0.1% (jam)


                                                                                          10.1.2 10.1.3
                                                      207
   213   214   215   216   217   218   219   220   221   222   223