Page 222 - BT BIOLOGI TINGKATAN 5 - DIGITAL PUBLICATION
P. 222

Kelestarian Alam Sekitar  10




                           10.2


             Tujuan
             Menyediakan satu pelan tindakan strategik bagi mengurangkan tahap pencemaran udara dan air di
             sekitar sekolah untuk 10 tahun akan datang

             Prosedur
               1.  Jalankan aktiviti ini secara berkumpulan.
               2.  Setiap kumpulan perlu menyediakan satu pelan tindakan strategik bagi mengurangkan tahap
                 pencemaran udara dan air di sekitar sekolah untuk 10 tahun akan datang.
               3.  Bincang dan janakan idea bagi mendapatkan maklumat tentang perkara yang berikut:
                 (a)  Mengenal pasti kekuatan dan kelemahan pihak sekolah bagi mengurangkan tahap
                    pencemaran udara dan air
                 (b)  Mengenal pasti peluang, cabaran dan ancaman
                 (c)  Mengenal pasti isu-isu strategik
                 (d)  Membentuk matlamat, objektif dan sasaran
                 (e)  Menjana strategi bagi memastikan objektif tercapai
                 (f)  Membina pelan tindakan, pelan operasi dan pelan kontigensi
               4.  Kumpul semua maklumat dalam bentuk folio. Hantar kepada guru untuk dinilai.



               Praktis Formatif                        10.1



               1.  Nyatakan tiga aktiviti manusia yang      3.  Bagaimanakah peningkatan kepekatan
                  memberi kesan negatif kepada alam           gas rumah hijau menyumbang kepada
                  sekitar.                                    peningkatan suhu bumi?
               2.  Bagaimanakah aktiviti pertanian dapat     4.  Wajarkan kepentingan mengekalkan
                  menyebabkan kematian tumbuhan               sungai sebagai satu habitat dalam
                  akuatik? Jelaskan.                          sesebuah ekosistem.


            10.2                     Pemeliharaan, Pemuliharaan



                                     dan Pemulihan Ekosistem



                 ita telah meneliti aktiviti manusia yang dapat
            Kmemberikan kesan buruk kepada alam sekitar. Akan                   Tip    Kerjaya
            tetapi, ini tidak bermaksud bahawa aktiviti manusia               Jurutera saliran merancang
            sentiasa memberikan kesan negatif kepada alam sekitar.            dan mengurus pembinaan
            Dalam mengurus pembangunan, langkah-langkah                       saliran bagi mengekalkan
            pemeliharaan, pemuliharaan dan pemulihan ekosistem                keseimbangan alam sekitar.
            perlu diambil untuk memastikan pembangunan
            yang mampan. Apakah yang dimaksudkan dengan
            pemeliharaan, pemuliharaan dan pemulihan ekosistem?


                                                                                          10.1.3 10.2.1
                                                      211
   217   218   219   220   221   222   223   224   225   226   227