Page 221 - BT BIOLOGI TINGKATAN 5 - DIGITAL PUBLICATION
P. 221

Pencemaran Bunyi                                              Eksplorasi Bio

             Pencemaran bunyi ialah bunyi yang mengganggu serta            Pertubuhan Kesihatan Sedunia
             mendatangkan keburukan kepada kesihatan manusia dan haiwan.   (WHO) menganggarkan
                                                                           kira-kira 1.1 bilion belia dan
                                                                           remaja berisiko kehilangan
           Adakah bunyi mesin rumput dari padang sekolah dianggap          pendengaran disebabkan
           sebagai pencemaran bunyi? Bagaimanakah anda menangani           penggunaan peranti audio
           pencemaran bunyi? Bunyi kenderaan, aktiviti pembinaan,          peribadi yang melebihi had
           mesin pertanian dan industri serta bunyi muzik yang kuat dari   masa dan tahap bunyi selamat,
                                                                           selain terdedah kepada tahap
           majlis keraian merupakan satu bentuk pencemaran bunyi.          kerosakan bunyi di tempat bising.
               Pendedahan kepada bunyi bising secara berterusan dapat
           menyebabkan masalah kesihatan berkaitan tekanan seperti
           tekanan darah tinggi, penyakit kardiovaskular, kemurungan
                                                                                          dengan
           dan sakit kepala.                                                   Bio       FIZIK
             Ledakan Pertumbuhan Populasi Manusia                           Kelangsingan bunyi
                                                                            bergantung pada frekuensi
           Ledakan pertumbuhan populasi ialah peningkatan jumlah            gelombang bunyi yang
                                                                            dihasilkan. Frekuensi bunyi
           manusia yang tinggal di kawasan tertentu (Gambar foto 10.5).     diukur dalam unit Hertz (Hz).
           Oleh sebab pertumbuhan populasi bertambah dengan pesat,          Frekuensi bunyi yang dapat
           pengurangan sumber alam sekitar juga berlaku dengan              dikesan oleh telinga manusia
                                                                            terhad kepada julat 20 Hz
           cepat, yang membawa kepada penyahhutanan, kehilangan             hingga 20 000 Hz.
           biodiversiti dan pemanasan global. Kawasan hutan ditebang
           bagi menyediakan penempatan, pembangunan, pertanian
           dan kemudahan kepada jumlah penduduk yang semakin
           meningkat. Akibat daripada aktiviti ini, organisma terdedah         Bio        dengan
           kepada pelbagai ancaman seperti masalah sumber air mentah                    EKONOMI
           dan bekalan air bersih, peningkatan pencemaran serta             Penduduk di Malaysia
           penyakit, seterusnya kepupusan kepelbagaian hidupan.             dianggarkan sebanyak 32.6
               Permintaan air dan sumber daripada penduduk setempat         juta orang pada tahun 2019
                                                                            dengan kadar pertumbuhan
           tidak dapat diuruskan sepenuhnya dengan sumber alam              penduduk tahunan 0.6%
           sekitar yang ada di kawasan tersebut. Hal ini menyebabkan        (Sumber: Jabatan Perangkaan
           pemindahan sumber dari lokasi yang jauh ke kawasan               Malaysia). Statistik penduduk di
                                                                            sesebuah negara penting untuk
           permintaan. Selain itu, sisa kumbahan juga akan menimbulkan      diketahui bagi merancang dan
           ancaman pencemaran kepada alam sekitar. Bagi mengatasi           mentadbir urus negara.
           masalah ini, teknologi rawatan air digunakan tetapi akan
           menyebabkan peningkatan kos sumber air termasuk air terawat.








                                                                        ZON         AKTIVITI


                                                                        Kaji impak ledakan pertumbuhan
                                                                        populasi manusia ke atas alam
                 Gambar foto 10.5 Ledakan pertumbuhan populasi manusia  sekitar.
           10.1.2
                                                    210
   216   217   218   219   220   221   222   223   224   225   226