Page 223 - BT BIOLOGI TINGKATAN 5 - DIGITAL PUBLICATION
P. 223

Keperluan Pemeliharaan, Pemuliharaan dan Pemulihan Ekosistem



                 PEMELIHARAAN EKOSISTEM                       PEMULIHARAAN EKOSISTEM

            •  Pemeliharaan ekosistem merupakan           •  Pemuliharaan ekosistem bermaksud
              usaha melindungi komponen-komponen            usaha membaik pulih sumber-sumber
              dalam suatu ekosistem supaya dapat            alam sekitar seperti air, hutan, tenaga,
              mengekalkan keadaan semula jadinya.           udara, mineral dan lain-lain yang telah
            •  Salah satu langkah pemeliharaan adalah       digunakan tanpa membiarkan
              dengan mewartakan hutan simpan untuk          sumber-sumber itu pupus.
              mengekalkan keindahan semula jadi flora     •  Strategi pemuliharaan dijalankan bagi
              dan faunanya.                                 memastikan komponen-komponen
               °   Hutan simpan dilindungi daripada         ekosistem yang terancam dapat
                 sebarang aktiviti pembangunan.             diselamatkan.
               °   90% daripada bahagian atas Hutan       •  Terdapat dua jenis strategi
                 Simpan Belum belum diterokai dan           pemuliharaan, iaitu pemuliharaan
                 menjadi tempat penyelidikan.               in situ dan pemuliharaan ex situ.
                                                             °   Pemuliharaan in situ mengekalkan
                                                              spesies hidupan liar di habitat
                                                              asalnya seperti taman negara dan
                                                              taman laut.
                                                             °   Pemuliharaan ex situ memelihara
                                                              spesies hidupan liar di luar
                                                              habitat asalnya seperti zoo dan
                                                              taman botani.


             Gambar foto 10.6 Hutan Simpan Belum, Perak


                    ZON        AKTIVITI

                Jalankan aktiviti sumbang saran
                bersama-sama pihak luar untuk
                mencadangkan langkah-langkah
                pemeliharaan, pemuliharaan dan pemulihan     Gambar foto 10.7 Lost World Petting Zoo
                berkaitan alam sekitar kawasan setempat.



                     PEMULIHAN EKOSISTEM

             •  Pemulihan ekosistem bermaksud usaha-
               usaha bagi memperbaharu dan memulihkan
               ekosistem semula jadi yang merosot, rosak
               atau musnah akibat aktiviti manusia.
             •  Penanaman semula hutan dan penanaman
               tanaman tutup bumi merupakan antara
               langkah pemulihan yang boleh diambil bagi
               memastikan kesinambungan sumber alam            Gambar foto 10.8 Program penanaman
               untuk generasi akan datang.                               semula pokok


           10.2.1
                                                    212
   218   219   220   221   222   223   224   225   226   227   228