Page 282 - BT BIOLOGI TINGKATAN 5 - DIGITAL PUBLICATION
P. 282

Variasi  12



              Mutasi Kromosom

             Mutasi kromosom melibatkan perubahan dalam struktur
             kromosom atau perubahan dalam bilangan kromosom.                Eksplorasi Bio
             Mutasi kromosom dapat menyebabkan perubahan ciri-ciri
             pada organisma.                                                 Risiko bayi dalam kandungan
                                                                             mengalami mutasi
                 Perubahan dalam struktur kromosom melibatkan                kromosom meningkat apabila
             perubahan dalam susunan gen pada suatu kromosom.                umur ibu meningkat.
             Perubahan struktur kromosom menyebabkan keabnormalan
             pada kromosom berkenaan. Keadaan keabnormalan ini
             disebut aberasi kromosom. Jenis-jenis perubahan struktur
             kromosom adalah seperti pelenyapan, penggandaan,               Petunjuk:
             penyongsangan dan translokasi (Rajah 12.16).                   A            L
                                                                            Segmen di dalam kromosom
                   Pelenyapan
                   Salah satu hujung                                      B
                   atau segmen di dalam         A  B  C  D  E  F                   A  C   D  E  F
                   kromosom putus dan hilang                                       Kromosom mutan
                                                                                   Kromosom mutan
                   (kehilangan beberapa gen).
                   Penggandaan
                   Sebahagian kromosom                                  B
                   mengganda menyebabkan         A  B  C  D  E  F              A  B  B  C  D  E  F
                   urutan gen berulang.                                          Kromosom mutan
                                                                                 Kromosom mutan
                   Penyongsangan
                   Segmen kromosom terputus,
                   berputar pada 180  dan        F  E  D   C  B  A              A  E  D  C  B  F
                                    o
                   disambung semula (urutan                                       Kromosom mutan
                   gen pada kromosom                                            Kromosom mutan
                   berubah).
                   Translokasi
                   Sebahagian daripada           A  B  C  D  E  F                A  B  C   J  K  L
                   kromosom terputus dan
                   bersambung dengan            G  H    I  J  K  L               G  H   I  D  E  F
                   kromosom bukan                                                 Kromosom mutan
                   homolog yang lain.

                                            Rajah 12.16 Mutasi kromosom
                 Dalam perubahan bilangan kromosom, organisma diploid kehilangan satu atau
             lebih kromosom, atau memperoleh satu atau lebih kromosom tambahan. Keadaan
             ini berlaku apabila kromosom homolog gagal terpisah semasa anafasa I meiosis
             atau kromatid kembar gagal terpisah semasa anafasa II meiosis. Hal ini mungkin
             disebabkan gentian gelendong yang normal gagal terbentuk semasa meiosis.
             Fenomena ini dikenali sebagai tak disjungsi dan ini mengakibatkan bilangan
             kromosom yang tidak normal. Gamet mungkin kehilangan satu atau lebih kromosom
             atau memperoleh satu atau lebih kromosom (Rajah 12.17).



                                                                                               12.3.3
                                                      271
   277   278   279   280   281   282   283   284   285   286   287