Page 284 - BT BIOLOGI TINGKATAN 5 - DIGITAL PUBLICATION
P. 284

Variasi  12


                                  Jadual 12.3 Ciri-ciri penyakit akibat mutasi kromosom

               Penyakit          Bilangan kromosom                     Ciri-ciri penyakit
                                          Keabnormalan dalam autosom

              Sindrom      (2n + 1) = 47                    Individu (lelaki atau perempuan)
              Down         Mempunyai tiga                   mempunyai mata sepet, hidung penyek,
                           kromosom nombor 21               lidah terjelir, dahi yang lebar dan
                                                            kebiasaannya terencat akal
                                                            (Gambar foto 12.10).











                                  Rajah 12.19 Kariotip       Gambar foto 12.10 Individu Sindrom Down

              Sindrom      Berlakunya perubahan dalam       Pesakit menangis seperti kucing mengiau
              Cri du chat  struktur kromosom disebabkan     semasa bayi. Pesakit menunjukkan
                           pelenyapan hampir keseluruhan    pertumbuhan yang lambat serta
                           kromosom nombor 5 pada           mengalami kecacatan mental dan fizikal.
                           lengan pendek kromosom           Kebanyakan pesakit mati semasa
                           berkenaan.                       kanak-kanak.
                                       Keabnormalan dalam kromosom seks

              Sindrom      (2n + 1) = 47                    Lelaki yang mandul dengan testis kecil
              Klinefelter  44 + XXY                         yang gagal menghasilkan sperma.
                                                            Mempunyai suara dan buah dada seperti
                                                            wanita. Mempunyai kaki dan tangan
                                                            yang panjang.

                           Gambar foto 12.11
                           Individu Sindrom
                           Klinefelter
              Sindrom      (2n + 1) = 47                    Lelaki yang mempunyai ketinggian lebih
              Jacob        44 + XYY                         daripada lelaki normal. Mempunyai
                                                            masalah jerawat teruk di muka. Lambat
                           Gambar foto 12.12                bertutur dan mempunyai masalah
                           Individu Sindrom                 pembelajaran. Mempunyai masalah otot
                           Jacob                            yang lemah (hypotonia).

              Sindrom      (2n - 1) = 45                   Perempuan yang mandul dan kekurangan
              Turner       44 + XO                         ciri-ciri seks sekunder perempuan. Buah
                                                           dada dan ovarinya tidak berkembang.
                           Gambar foto 12.13               Individu ini mempunyai kulit berlipat
                           Individu Sindrom                pada kawasan leher, lehernya bertaut atau
                           Turner                          mempunyai IQ yang rendah.


                                                                                               12.3.3
                                                      273
   279   280   281   282   283   284   285   286   287   288   289