Page 285 - BT BIOLOGI TINGKATAN 5 - DIGITAL PUBLICATION
P. 285

Mutasi Sel Soma dan Sel Gamet


           Mutasi dapat berlaku kepada sel soma atau sel gamet dan akan menghasilkan variasi
           dalam populasi. Apakah perbezaan antara mutasi sel soma dengan sel gamet (Jadual 12.4)?

                             Jadual 12.4 Perbezaan antara mutasi sel soma dengan sel gamet
                         Mutasi sel soma                            Mutasi sel gamet
             Melibatkan sel-sel badan seperti sel kulit dan   Melibatkan sel germa yang menghasilkan
             sel mata                                   sel gamet (oosit sekunder atau sperma)
             Tidak boleh diwariskan kepada keturunannya  Boleh diwariskan daripada induk
                                                        kepada anak
             Penyakit hanya akan dialami oleh individu   Penyakit akan dialami oleh individu yang
             yang mengalami mutasi                      mengalami mutasi dan akan diwarisi
                                                        oleh keturunan
             Sebagai contoh: Penyakit yang berkaitan    Sebagai contoh: Semua penyakit yang boleh
             dengan sistem saraf                        diwarisi seperti talasemia



                                    PAK-21
                                    PAK-21
                                    PAK-21
                          12.4                                                      PEMBENTANGAN
                                                                                    HASIL SENDIRI
            Tujuan
            Membuat kajian dan membentangkan impak peristiwa kemalangan nuklear dan Perang Vietnam
            terhadap tumbuhan, haiwan dan manusia
            Prosedur
              1.  Jalankan aktiviti ini secara berkumpulan.
              2.  Imbas kod QR di bawah dan cari maklumat tentang:
                 (a)  Penggunaan agen oren semasa Perang Vietnam
                 (b)  Kemalangan nuklear di Fukushima dan Chernobyl
                          Perang Vietnam            Kemalangan                 Kemalangan
                          bukutekskssm.             nuklear Fukushima          nuklear Chernobyl
                          my/Biologi/T5/            bukutekskssm.my/           bukutekskssm.my/
                   Info   Ms274a            Info    Biologi/T5/Ms274b   Info   Biologi/T5/Ms274c
              3.  Bincangkan tentang impak peristiwa-peristiwa tersebut terhadap tumbuhan, haiwan
                dan manusia.
              4.  Kumpulkan maklumat yang diperoleh dan bentang hasil kajian anda di dalam kelas.


              Praktis Formatif                        12.3



              1.  Nyatakan perbezaan antara mutasi gen dengan mutasi kromosom.
              2.  Terangkan secara ringkas pernyataan berikut dengan memberikan contoh yang sesuai:
                                        Makanan boleh menjadi punca mutasi


           12.3.4
                                                    274
   280   281   282   283   284   285   286   287   288   289   290