Page 69 - BT BIOLOGI TINGKATAN 5 - DIGITAL PUBLICATION
P. 69

Bab
               Bab
                  3                  Nutrisi dalam


                                     Tumbuhan                                                                                                              Baja Kompos Organik



                                                                                                                                                           T ahukah anda sisa makanan yang berlebihan boleh

                                                                                                                                                           dikitar semula untuk menghasilkan baja organik? Kompos
                                                                                                                                                           ialah sejenis baja yang terhasil daripada proses pereputan
                                                                                                                                                           sisa bahan seperti sisa tanaman, sisa dapur, sisa bahan
             Eksplorasi                                                                                                                                    buangan tumbuhan dan najis haiwan yang direputkan
                        Bab                                                                                                                               oleh mikroorganisma. Bagaimanakah cara untuk membuat
                                                                                                                                                          baja kompos organik?
                                                                                                                                                             Sisa bahan bersama dengan bakteria diletakkan di
                 Nutrien Tak Organik Utama                                                                                                                               dalam bekas yang mempunyai
                 Organ Pengambilan Air dan Garam                                                                                                                            pengudaraan yang baik untuk
                 Mineral                                                                                                                                                    mempercepat penguraian. Sisa
                 Kepelbagaian dalam Nutrisi Tumbuhan                                                                                                                        bahan kering dilapiskan dengan sisa
                                                                                                                                                                            bahan basah secara selang-seli. Air
                                                                                                                                                                            disiram pada setiap lapisan. Sisa
                            Standard                                                                                                                         Rajah 3.1      bahan digaul setiap dua hari
                            Pembelajaran                                                                                                                  Sisa bahan untuk   sehingga menjadi kompos. Kompos
                                                                                                                                                           pengkomposan
                                                                                                                                                                       biasanya akan siap selepas disimpan
                                                                                                                                                           sehingga beberapa bulan. Aktiviti penghasilan baja
                                                                                                                                                           kompos sendiri di rumah dapat menjimatkan banyak
              Tahukah                                                                                                                                      kawasan tapak pelupusan sampah. Selain itu, kos untuk
                       Anda?                                                                                                                               membeli baja kimia juga dapat dikurangkan (Rajah 3.1).




                 Apakah contoh makronutrien dan
                 mikronutrien yang diperlukan oleh
                 tumbuhan?
                 Mengapakah tanaman perlu ditabur
                 baja?
                 Adakah tumbuhan dapat dijangkiti
                 penyakit?
                 Mengapakah akar dikatakan sebagai
                 organ penyerapan air dan mineral?
                 Bagaimanakah Ra esia sp. (bunga                                                                                                              Kata Kunci
                 pakma) dapat hidup tanpa daun?
                                                                                                                                                              Klorosis                   Nutrien
                                                                                                                                                              Larutan kultur             Rambut akar
                                                                                                                                                              Makronutrien               Tumbuhan parasit
                                                                                                                                                              Mikronutrien               Tumbuhan epi t
                                                                                                                                                              Nutrisi                    Tumbuhan karnivor



                                                     58
   64   65   66   67   68   69   70   71   72   73   74