Page 72 - BT BIOLOGI TINGKATAN 5 - DIGITAL PUBLICATION
P. 72

Nutrisi dalam Tumbuhan  3


                 Tiga makronutrien utama, iaitu  karbon,  hidrogen dan  oksigen dapat diperoleh
             dengan mudah daripada udara, air dan di dalam tanah. Nutrien-nutrien ini membentuk
             sebahagian besar jisim kering kebanyakan tumbuhan. Oleh itu, kekurangan nutrien ini
             jarang-jarang dialami oleh tumbuhan. Nutrien selebihnya diambil dalam bentuk garam
             mineral yang larut di dalam tanah melalui pembajaan.
             Kepentingan Makronutrien dalam Tumbuhan

             Setiap  makronutrien  mempunyai  fungsi  tersendiri  bagi  memastikan  tumbuhan
             melengkapkan  kitar  hidupnya  dan mencapai pertumbuhan serta perkembangan  yang
             optimum. Ketiadaan satu atau lebih makronutrien dapat menyebabkan kesan yang tidak
             baik  kepada  kesihatan  dan  pertumbuhan  pokok.  Jadual  3.1  menunjukkan  fungsi  dan
             kesan kekurangan makronutrien.
                                  Jadual 3.1 Fungsi dan kesan kekurangan makronutrien

             Makronutrien                   Fungsi                         Kesan Kekurangan
            Karbon (C)       • Merupakan komponen penting dalam  • Proses fotosintesis tidak berlaku
            Oksigen (O)        kitar karbon dan kitar oksigen      • Kekurangan pembebasan gas
            Hidrogen (H)     •  Merupakan komponen dalam semua       oksigen oleh tumbuhan
                               sebatian organik tumbuhan dan       • Pertumbuhan terbantut sehingga
                               komponen penting dalam sintesis gula  boleh menyebabkan kematian
                                                                     kerana ketiadaan glukosa
            Nitrogen (N)     • Memberi warna hijau kepada          • Daun mengalami klorosis (daun
                               tumbuhan melalui pembentukan          menguning) (Gambar foto 3.1)
                               klorofil                              khususnya pada daun matang
                             • Komponen utama protein, asid        • Daun sebelah bawah gugur
                               nukleik dan enzim-enzim dalam       • Proses sintesis protein terjejas
                               fotosintesis dan respirasi          • Pertumbuhan terbantut
            Kalium (K)       • Penting untuk mensintesis protein   • Sintesis protein terjejas
                               dan metabolisme karbohidrat         • Sisi daun berwarna kuning
                             • Sebagai kofaktor bagi beberapa enzim  (Gambar foto 3.2)
                             • Membantu mengekalkan kesegahan      • Kematian tumbuhan pramatang
                               tumbuhan
            Kalsium (Ca)     • Merupakan komponen utama lamela     • Pertumbuhan terbantut
                               tengah, dinding sel dan gentian     • Daun yang terherot dan bercuping
                               gelendong semasa pembahagian sel    • Bahagian di antara urat daun
                                                                     menjadi kuning
            Magnesium (Mg) • Merupakan komponen utama              • Bahagian di antara urat daun
                               struktur molekul klorofil             matang menjadi kuning
                             • Mengaktifkan beberapa enzim         •  Bintik merah pada permukaan
                               tumbuhan                              daun
                             •  Terlibat dalam metabolisme karbohidrat  • Daun bercuping
            Fosforus (P)     • Mensintesis asid nukleik, adenosina   •  Pertumbuhan akar yang tidak sihat
                               trifosfat (ATP) dan fosfolipid dalam   • Pembentukan daun yang berwarna
                               membran plasma                        hijau tua dan pudar
                             • Bertindak sebagai koenzim dalam     • Bintik merah atau ungu kelihatan
                               fotosintesis dan respirasi            pada daun tua
            Sulfur (S)       • Merupakan komponen untuk            • Daun atau seluruh tumbuhan
                               beberapa asid amino                   menjadi kuning
                             • Salah satu komponen vitamin B dan
                               beberapa jenis koenzim

                                                                                                3.1.2
                                                       61
   67   68   69   70   71   72   73   74   75   76   77