Page 73 - BT BIOLOGI TINGKATAN 5 - DIGITAL PUBLICATION
P. 73

Gambar foto 3.1 Daun Ficus benjamina (pokok     Gambar foto 3.2 Daun Cyrtostachys renda
                ara beringin) yang mengalami klorosis      (pokok pinang merah) yang disebabkan oleh
                 disebabkan oleh kekurangan nitrogen                 kekurangan kalium


            Kepentingan Mikronutrien dalam Tumbuhan

           Jadual 3.2 menunjukkan fungsi dan kesan kekurangan mikronutrien.

                                 Jadual 3.2 Fungsi dan kesan kekurangan mikronutrien
            Mikronutrien                Fungsi                         Kesan Kekurangan
            Klorin (Cl)   • Penting dalam keseimbangan        • Tumbuhan menjadi layu
                            tekanan osmosis sel dan tindak    • Pertumbuhan akar menjadi lambat
                            balas fotosintesis                • Daun mengalami klorosis
                                                              • Mengurangkan penghasilan buah
            Ferum (Fe)    • Bertindak sebagai kofaktor dalam   • Daun muda menjadi kuning
                            sintesis klorofil
                          • Penting bagi pertumbuhan pokok
                            yang muda
            Mangan (Mn)  • Mengaktifkan enzim-enzim           • Jaringan urat hijau tua
                            fotosintesis                        berlatarbelakangkan hijau muda
                          • Penting untuk respirasi sel dan   • Bintik perang muda atau kelabu di
                            metabolisme nitrogen                antara urat daun
            Boron (B)     • Membantu akar dalam pengambilan  • Kematian tunas terminal dan
                            ion kalsium dan translokasi sukrosa  pertumbuhan yang abnormal
                          • Terlibat dalam metabolisme        • Daun menjadi tebal, bergulung
                            karbohidrat dan membantu            dan rapuh
                            percambahan debunga
            Zink (Zn)     •  Penting dalam pembentukan daun   • Permukaan daun berbintik dengan
                          • Mensintesis auksin (hormon          bahagian berklorosis
                            pertumbuhan)                      • Pertumbuhan terbantut
                          • Sebagai kofaktor dalam
                            metabolisme karbohidrat
            Kuprum (Cu)   • Terlibat dalam metabolisme        • Kematian apeks pucuk muda
                            nitrogen dan fotosintesis         • Bintik perang kelihatan pada daun
                          •  Penting bagi pertumbuhan,          terminal
                            pembiakan dan pembentukan bunga • Tumbuhan menjadi terbantut
            Nikel (Ni)    • Komponen enzim tumbuhan yang      • Pertumbuhan terbantut
                            terlibat untuk menguraikan urea   • Mengurangkan hasil tanaman
                            menjadi ammonia yang dapat        • Kesan terbakar pada hujung daun
                            digunakan oleh tumbuhan             disebabkan pengumpulan urea
            Molibdenum   • Terlibat dalam pengikatan nitrogen   • Klorosis pada bahagian di antara
            (Mo)            dan penurunan nitrat semasa         urat daun matang
                            sintesis protein                  • Daun berwarna hijau pucat
                                                              • Hasil tanaman berkurangan

            3.1.2
                                                     62
   68   69   70   71   72   73   74   75   76   77   78