Page 71 - BT BIOLOGI TINGKATAN 5 - DIGITAL PUBLICATION
P. 71
3.1 Nutrien Tak Organik Utama
eperti hidupan yang lain, tumbuhan memerlukan nutrien untuk
Stumbuh dengan subur serta mengeluarkan hasil yang baik
dan berkualiti. Tumbuhan memerlukan nutrien tak organik untuk
menghasilkan sebatian organik seperti karbohidrat dan protein.
Apakah nutrien-nutrien tak organik yang diperlukan oleh tumbuhan?
Kenapa daun-daun
pada pokok ini Mesti ada
menjadi kuning? kekurangan
nutrien. Pokok ini
memerlukan baja.
Makronutrien dan Mikronutrien yang Diperlukan
oleh Tumbuhan
Nutrien dapat dibahagikan mengikut kuantiti yang diperlukan oleh tumbuhan, iaitu
makronutrien dan mikronutrien (Rajah 3.2).
NUTRIEN TAK
ORGANIK UTAMA
Makronutrien Mikronutrien
• Karbon (C) • Klorin (Cl)
• Kalsium (Ca) • Zink (Zn)
• Hidrogen (H) • Besi (Fe)
• Magnesium (Mg) • Kuprum (Cu)
• Oksigen (O) • Mangan (Mn)
• Fosforus (P) • Nikel (Ni)
• Nitrogen (N) • Boron (B)
• Sulfur (S) • Molibdenum (Mo)
• Kalium (K)
Rajah 3.2 Nutrien tak organik utama
3.1.1
60

