Page 165 - KOMPILASI ARAHAN TUGASAN PEKA SPM KINTA UTARA 2022
P. 165

KONSTRUK 5 : MENILAI DAPATAN EKSPERIMEN SOALAN

                    K5P1
                    (Membuat kesimpulan/rumusan)
                    Menghubungkaitkan dapatan penyiasatan dengan mengaitkan teori, prinsip dan hukum sains
                    dalam membuat laporan.

                 1.  Apakah tujuan penggunaan ceper kertas turas yang direndam dalam air suling dalam
                    eksperimen ini?
                    Sebagai kawalan

                 2.  Bagaimanakah keluasan kawasan jernih pada permukaan agar-agar nutrient dapat menunjukkan
                    tindakan penisilin terhadap pertumbuhan bakteria?
                               PANITIA SAINS DAERAH KINTA UTARA
                    Kawasan jernih pada agar-agar nutrien merupakan kawasan tanpa bakteria atau pertumbuhan
                    bakteria yang terencat. Oleh itu, kawasan jernih yang terbentuk mengelilingi ceper turas yang
                    mengandungi penisillin menunjukkan tindakan penisillin yang merencat pertumbuhan bakteria
                    atau membunuh bakteria

                 3.  Terangkan pemerhatian yang diperoleh. Berikan sebabnya
                    Kawasan jernih yang mengelilingi ceper kertas turas yang mengandungi penisillin berkepekatan
                    tinggi adalah lebih besar atau luas daripada kawasan jernih yang mengelilingi ceper kertas turas
                    yang mengandungi penisillin berkepekatan rendah. Hal ini menunjukkan bahawa semakin tinggi
                    kepekatan penisillin, semakin rendah pertumbuhan bakteria.

                 4.  Adakah dapatan eksperimen yang anda peroleh boleh diterima?
                    Ya. K5P3

                 5.  Jelaskan jawapan anda
                    Kawasan jernih yang mengelilingi ceper kertas turas yang mengandungi penisillin berkepekatan
                    tinggi adalah lebih besar daripada kawasan jernih yang mengelilingi ceper kertas turas yang
                    mengandungi penisillin berkepekatan rendah. Hal ini menunjukkan bahawa semakin tinggi
                    kepekatan penisillin, semakin rendah pertumbuhan bakteria. K5P4



















                                                          158
   160   161   162   163   164   165   166   167   168   169   170