Page 100 - AutoCAD Dalam KEJURUTERAAN ELEKTRIK Dan ELEKTRONIK
P. 100
Gambarajah 3.60: Elliptical arc
Kaedah Elliptical Arc
Kaedah ini menghasilkan elliptical arc (gabungan bentuk elips terbuka yang berlengkung).
Dua titik pertama bagi bentuk ini menentukan lokasi dan panjang bagi paksi pertama. Manakala
titik ketiga menentukan jarak antara tengah bentuk ini dan titik hujung bagi paksi kedua. Titik
keempat dan titik kelima adalah permulaan dan tamat bukaan sudut.
Gambarajah 3.61: Titik-titik binaan yang diperlukan
POLIGON (POLYGON)
Arahan yang ada dalam aplikasi AutoCAD iaitu polygon boleh digunakan untuk melukis objek
berbentuk segitiga sama sisi, segi empat, pentagon, hexsagon dan pelbagai bentuk pelbagai sisi
yang lain. Dalam gambarajah 3.62 ilustrasi berikut ditunjukkan sebuah pentagon (geometri bersegi
lima) dibina menggunakan tiga kaedah iaitu inscribed, circumscribed dan edge. Dalam setiap kaedah
dua titik perlu ditetapkan ketika membina atau melukisnya.
Gambarajah 3.62: Penghasilan bentuk Pentagon melalui tiga kaedah
berbeza: Inscribed, circumscribed dan edge
88

