Page 104 - AutoCAD Dalam KEJURUTERAAN ELEKTRIK Dan ELEKTRONIK
P. 104

Fungsi objek titik tidak kurang pentingnya dalam membantu pengguna dalam kerja-kerja
               melukis terutamanya dalam memudahkan langkah-langkah melukis lukisan teknik yang agak rumit.
               Objek ini menyediakan kemudahan rujukan dan penandaan sepanjang proses melukis.

               Contoh

               Hasilkan objek titik seperti yang terdapat pada gambarajah 3.73 di bawah.



























                                                       Gambarajah: 3.73

               SOLID

                       Arahan ini adalah berfungsi untuk menetapkan jenis atau sifat bentuk yang dihasilkan iaitu
               dengan  diwakili dengan corak-corak yang  tertentu  memenuhi ruang  yang ditetapkan. Ianya
               bertujuan  untuk memberikan maklumat  tertentu sebagai contoh bahan yang terlibat  dalam
               penghasilan objek sebenar jika ianya dibangunkan sebagai model (prototype).
                       Dalam sistem AutoCAD 2015,  solid  2D diisi hanya bila arahan sistem pembolehubah
               FILLMODE  diaktifkan  dan paparan  adalah   orthogonal  pada  solid  2D.  Apabila arahan SOLID
               dimasukkan:

                          1.  First point > Tetapkan titik pertama dalam solid 2D.
                          2.  Second point > Tetapkan bucu bagi solid 2D.
                          3.  Third point > Tetapkan titik yang berlawanan dengan bagi bucu pertama bagi solid2D.
                          4.  Fourth point > Tetapkan persimpangan berlawanan dengan titik pertama.

                       Setelah empat langkah diatas dilaksanakan tekan Enter dan akan terpapar bentuk solid yang
               dibina. Dengan menetapkan titik kelima akan menghasilkan kawasan quadrilateral.  Dengan
               penetapan titik-titik yang berikutnya akan menghasilkan sambungan bagi penghasilan bentuk yang
               lain.






                                                                                                             92
   99   100   101   102   103   104   105   106   107   108   109