Page 175 - AutoCAD Dalam KEJURUTERAAN ELEKTRIK Dan ELEKTRONIK
P. 175
ARAHAN PAPARAN
ZOOM
Meningkatkan atau pembesaran pemandangan dalam paparan (viewport) semasa.
Pengguna boleh menukar pembesaran pandangan dengan cara zoom in atau zoom out, yang adalah
sama fungsinya dengan zoom in dan zoom out dengan menggunakan kamera. Menggunakan ZOOM
tidak mengubah saiz mutlak objek dalam lukisan. Ia hanya mengubah pembesaran pandangan.
Apabila arahan ZOOM diaktifkan suruhan berikut dipaparkan:
Gambarajah 5.1: Jenis arahan ZOOM
1. All
ZOOM untuk memaparkan semua (all) objek yang boleh dilihat dan alat bantu visual.
Melaraskan pembesaran kawasan lukisan untuk menampung takat semua objek yang boleh
dilihat dalam lukisan, atau alat bantuan visual seperti had grid (perintah LIMITS), yang mana
adalah lebih besar.
163

