Page 258 - AutoCAD Dalam KEJURUTERAAN ELEKTRIK Dan ELEKTRONIK
P. 258
MENCETAK
MENCETAK (PRINTING/PLOTTING)
Mencetak keluaran hasil lukisan menggunakan AutoCAD 2015 memerlukan pengguna
memahami beberapa perkara yang perlu diambil perhatian seperti memahami pengaturan pada
mesin pencetak, memahami penggunaan paparan bentangan susun atur (layout) untuk mengawal
bagaimana hasil cetakkan kelak, memahami kaedah untuk memasang atau menambah peranti
keluaran iaitu pencetak dan menyimpan penetapan.
Mencetak keluaran lukisan pada bukan skala tertentu (Cetakan pada tab layout):
1. Pastikan pencetak telah telah dipasang pada komputer yang digunakan dan dihidupkan
(ON).
2. Memulakan perisian AutoCAD dan membuka fail yang telah mempuyai sebarang objek yang
dilukis.
3. Pilih arahan Zoom All untuk untuk memaparkan keseluruhan lukisan.
4. Klik pada Plot tool dari Quick Access toolbar untuk membuka kotak dialog (tetingkap) Plot.
246

