Page 101 - Buku Pengurusan Kecemerlangan 2020
P. 101

SMK RAWANG 2020
                                                                                     Pengurusan Hal Ehwal Murid

                - Menentukan perkara-perkara yang berikut ada di dalam kelas:
                        Perabot kelas seperti kerusi meja murid dan meja guru serta papan putih diinventorikan
                    ■
                        Alatan pembersihan seperti penyapu, bakul sampah dan pengaut sampah.
                    ■

                - Menentukan pendawaianelektrik, kipas angin, dan lampu dalam keadaan baik dan selamat
                   digunakan.
                - Melaporkan perabot dan peralatan elektrik yang rosak kepada guru yang berkenaan.
                - Membimbing organisasi kelas yang dilantik menjalankan tugas.
                - Mengadakan tabung kelas dengan jumlahnya terpulang kepada budi bicara murid. Tabung ini
                   adalah bagi tujuan : i. Keceriaan ii. Kebajikan Murid


               b. Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM)

               - Mengemas kini jadual kedatangan murid dalam APDM di tapak perhimpunan dan selewat-
                  lewatnya sebelum masa kedua berakhir. (Jika murid tiada di perhimpunan dan berada di kelas
                  murid dianggap Lewat (L)
               - Memastikan data terkini murid dicatat dalam APDM.
              - Hubungi ibu bapa jika murid tidak hadir tiga (3) hari berturut-turut.

               c. Laporan Murid, Sijil Berhenti dan Surat Akuan
               - Memastikan setiap murid mempunyai slip keputusan peperiksaan murid di dalam fail biru.
               - Mengisi markah dan membuat laporan kemajuan akademik, kokurikulum dan ujian segak
                  secara atas talian (SAPS & PBS / PAJSK ) bagi setiap semester/penggal.
               -  Menyampai slip keputusan peperiksaan murid kepada ibu bapa pada Hari Bicara Prestasi
               - Menyedia dan mengisi:
                  ■ Markah secara atas talian bagi setiap peperiksaan sekolah dalam SAPS.
                  ■ Sijil Berhenti dan Surat Akuan bagi murid yang tidak meneruskan persekolahan.

               d. Masalah Pembelajaran, Kesihatan Diri dan Disiplin
               - Memberikan galakan, motivasi dan merangsang minat mata pelajaran terhadap akademik.
               - Menggalakkan pertandingan yang berbentuk akademik dan memberikan penghargaan/
                  pengiktirafan (jika perlu)
               - Sentiasa prihatin terhadap semua masalah murid.
               - Melaporkan kepada Guru Bimbingan dan Guru Kaunseling jika terdapat kemerosotan
                  pelajaran dalam kalangan murid
               - Merujuk kepada Guru Kesihatan jika terdapat murid yang menghadapi masalah kesihatan.
                  Melaporkan kes ponteng mengikut prosedur yang berikut:
                      Mendapatkan dan mengisi dalam tiga salinan borang surat Amaran/buang sekolah dari
                  ■
                      pejabat dan menghantar satu salinan borang itu kepada ibu bapa. Hubungi ibu bapa jika
                      murid tidak hadir lebih dari 3 hari.

               e. Buku Teks, Biasiswa dan Bantuan

               - Memastikan skim pinjaman buku teks diagihkan kepada semua murid yang layak dan
                  memastikan buku-buku tersebut dibalut dan ditulis nama murid. Bukan warganegara
                  Malaysia tidak layak menerima buku.
               - Mengemaskini fail SPBT dari semasa ke semasa.
               - Memulangkan buku teks pada tarikh yang ditetapkan dan menyenaraikan nama murid
                  yang tidak memulangkan buku teks pada akhir tahun dan memberikan senarai nama
                  kepada Guru SPBT dan Guru Kebajikan.


            SEDERAP SELANGKAH SEIRAMA MENUJU KECEMERLANGAN                                                  91
   96   97   98   99   100   101   102   103   104   105   106