Page 102 - Buku Pengurusan Kecemerlangan 2020
P. 102
SMK RAWANG 2020
Pengurusan Hal Ehwal Murid
- Mengenal pasti murid yang layak menerima sebarang bentuk bantuan yang lain dan
melaporkan kepada Guru Kebajikan & PK HEM.
- Melaporkan kepada Guru Biasiswa sekiranya terdapat kemerosotan pelajaran bagi murid
yang mendapat biasiswa.
f. Kutipan Sumbangan dan Derma
- Mengutip sumbangan PIBG.
- Mengutip sumbangan bagi program kecemerlangan kelas-kelas peperiksaan.
- Mengeluarkan resit kepada murid bagi pembayaran yang dibuat.
- Menyerahkan wang sumbangan derma PIBG kepada Bendahari PIBG.
g. Pendaftaran Murid Baharu
- Menerima kemasukan murid baharu dari Penyelaras Tingkatan.
- Mendaftarkan murid baharu ke dalam Buku Pendaftaran / Buku Besar dan mendapatkan
nombor pendaftaran murid baru dari Buku Kemasukan Murid daripada pejabat.
- Menerima Borang SPBT dari sekolah yang terdahulu dan memastikan murid tersebut
mendapat buku teks.
- Menyemak jika murid ini menerima sebarang bentuk biasiswa dan melaporkan kepada
Guru Biasiswa.
- Menentukan menerima Fail Murid dan cetakan maklumat murid daripada APDM yang
sahih dari sekolah yang terdahulu.
- Menentukan rumah sukan.
- Memastikan murid ada laporan disiplin.
- Memastikan murid yang mempunyai rekod disiplin membuat perjanjian dengan PK HEM.
- Memastikan alamat dan nombor telefon ibu bapa sahih berpandukan pada bil elektrik atau
air.
h. Murid Berpindah/Berhenti sekolah
- Menguruskan borang permohonan berpindah murid yang terdapat di pejabat, borang
ditaip oleh Pembantu Tadbir & serahkan kepada ibu bapa murid untuk dibawa ke PPD
sekolah baharu.
- Menentukan borang SPBT dan Fail Murid diambil dari pejabat.
- Menentukan hal-hal peperiksaan telah disempurnakan bagi murid tingkatan 3 & 5.
- Menentukan kelulusan untuk bertukar telah diterima.
- Menentukan buku teks telah dipulangkan jika dari luar negeri Selangor.
- Menentukan penerimaan biasiswa dilaporkan kepada pejabat.
- Menentukan laporan disiplin dihantar ke sekolah baharu.
- Memastikan dokumen murid diposkan ke sekolah baharu.
- Memastikan murid telah menyelesaikan perkara kewangan sekolah sebelum berpindah.
“ Talent wins games, but
TEAMWORK and INTELLIGENCE
win championships ”
MichaelJordan
SEDERAP SELANGKAH SEIRAMA MENUJU KECEMERLANGAN 92

