Page 18 - MODUL TUCER BM SPM K1 2020_Classical
P. 18
PERENGGAN PENUTUP
AYAT PENEGAS UTAMA Baca + analisis kesemua AT anda lalu rangkumkan dengan ISU.
- Analisis AT anda. Sebagai menggulung segala yang telah dikupas sebelum ini jelas
menunjukkan bahawa sebenarnya setiap lapisan masyarakat di negara
ini dan juga negara-negara yang ditimpa bencana itu akan mendapat
pelbagai manfaat hasil daripada sumbangan yang telah diberi.
AYAT CADANGAN/ Berikan satu cadangan penyelesaian ISU
AYAT SERUAN Oleh itu, setiap individu seharusnya meneruskan inisiatif murni ini
dengan sokongan dan bantuan daripada setiap sektor sama ada kerajaan
mahupun badan bukan kerajaan demi mengurangkan beban negara
yang ditimpa kecelakaan tersebut.
AYAT KESAN CADANGAN/ Berikan ayat KESAN POSITIF
AYAT POSITIF
Sekiranya usaha suci ini dilakukan secara konsisten dengan bersatu
- Jangkaan/ kesan positif setelah teguh bercerai roboh serta tidak bersikap bagai enau dalam belukar,
cadangan dilaksanakan. melepaskan pucuk masing-masing, maka kebajikan negara-negara
tersebut akan dapat dipelihara dan dilindungi.
AYAT ANCAMAN/ Berikan AYAT ANCAMAN
- Jangkaan/Kesan negatif
apabila cadangan tidak Walau bagaimanapun, alangkah malangnya nasib anak-anak kecil dan
dilaksanakan. juga warga tua di negara yang ditimpa bencana tersebut apabila tiada
seorang pun yang cakna akan nasib yang menimpa mereka itu nanti.
Tidak mustahil statistik kematian dan kehilangan tempat tinggal akan
kian meningkat disebabkan tiada bantuan yang sampai kepada mereka
tepat pada masanya.
UNGKAPAN MENARIK/ *Masukkan peribahasa/petikan kata tokoh/tafsiran hadis dll. pada ayat
PETIKAN KATA-KATA TOKOH yang sesuai dan berkesan.
AYAT RUMUSAN A.Penegasan keseluruhan = cadangan + PERANGKAP + AGAR/SUPAYA
- Harapan berkaitan isu secara + Kesan kepada MALAYSIA/ DUNIA
keseluruhuan.
Kesimpulannya, marilah kita menjadi ringan tulang dengan membantu
negara di peringkat global selari dengan teras strategik ke-7 Wawasan
Kemakmuran Bersama 2030 (WKB2030) iaitu peningkatan modal sosial
masyarakat yang matang, berilmu, bekerja keras dan mementingkan
perpaduan.
*SUSUNAN ELEMEN UTAMA BAGI PERENGGAN KESIMPULAN JUGA BERGANTUNG KEPADA KREATIVITI
PENULISAN ANDA.
ANALISIS ASPEK BAHASA
PENANDA WACANA KKBT / LARAS BAHASA
YANG MATANG
1)
2)
3)
4)
5)
#LESTARIKANBAHASAMELAYU-PN. SITI ASLINDA BINTI PUNGUT-
18 |M O D U L T U C E R ( T U L I S & C E M E R L A N G ) . C I K G U S I T I A S L I N D A . M R S M M U A D Z A M S H A H .

