Page 19 - MODUL TUCER BM SPM K1 2020_Classical
P. 19

VARIASI SOALAN KARANGAN BAHAGIAN B




           BIL           CONTOH SOALAN                                    KEHENDAK SOALAN
            1   Penggunaan Internet dianggap sebagai  1.  Anda  perlu  menghuraikan  kebaikan  dan  keburukan
                satu gaya hidup para remaja pada masa      penggunaan  Internet  kepada  anda  (saya)  dengan
                ini.                                       menyatakan contoh-contoh yang sesuai.

                Bincangkan  kebaikan  dan  keburukan  2.  Penulisan anda mesti menggunakan dimensi ‘saya’.
                penggunaan Internet kepada anda.
                                                        3.  Soalan  yang  mempunyai  dua  tugasan  ini  memerlukan
                (Percubaan Negeri Pulau Pinang 2019)       anda  untuk  menulis  satu  isi  ‘kebaikan’  dalam  satu
                                                           perenggan  tanpa  campur  dengan  isi  ‘keburukan’.  3  isi
                                                           ‘kebaikan’ dan 3 isi ‘keburukan’ = 6 perenggan isi.

            2   Minggu  Kerjaya  yang  dianjurkan  oleh  1.  Anda perlu membina AT/ISI berdasarkan ketiga-tiga aspek
                pihak    sekolah    bertujuan   untuk      yang  dinyatakan  dalam  soalan  iaitu  peluang-peluang
                mendedahkan pelajar kepada peluang-        kerjaya,  persediaan  kendiri  dan  kursus-kursus  yang
                peluang kerjaya, persediaan kendiri dan    ditawarkan  selepas  tamat  persekolahan  SAHAJA.  Anda
                kursus-kursus yang ditawarkan selepas      tidak  boleh  membina  AT/ISI  tanpa  kaitkan  aspek-aspek
                tamat persekolahan.                        tersebut.

                Bincangkan.                                AT 1 – Pelajar dapat maklumat peluang-peluang kerjaya
                                                           mengikut minat, bakat dan kelayakan akademik. (AT ini
                                                           dikaitkan dengan aspek PELUANG KERJAYA).

                                                           AT 2 – Pelajar dapat meningkatkan kemahiran insaniah.
                                                           (AT ini dikaitkan dengan aspek PERSEDIAAN KENDIRI).

                (Percubaan MRSM 2019)                      AT  3 –  Pelajar  dapat  pendedahan  tentang pengajian  di
                                                           dalam dan di luar negara. (AT ini dikaitkan dengan aspek
                                                           KURSUS…)

                                                        *PERANGKAPNYA DI MANA? – 3 aspek yang terdapat dalam
                                                        soalan.

            3   Dewasa  ini,  sikap  saling  menyayangi  1.  Anda mestilah menyatakan  peranan yang perlu dilakukan
                dalam  kalangan  masyarakat  semakin       oleh  ibu  bapa  SAHAJA  untuk  membentuk  masyarakat
                terhakis  ditelan  arus  pemodenan         yang penyayang.
                negara.
                                                        2.  Pada  perenggan  pendahuluan,  anda  perlu  kupas  ISU
                Huraikan peranan yang perlu dilakukan      soalan dengan memberikan perbandingan contoh-contoh
                oleh  ibu  bapa  untuk  membentuk          kes.
                masyarakat yang penyayang.

                (Percubaan Negeri Perak 2019)





          19 |M O D U L   T U C E R   ( T U L I S & C E M E R L A N G ) . C I K G U   S I T I   A S L I N D A . M R S M   M U A D Z A M   S H A H .
   14   15   16   17   18   19   20   21   22   23   24