Page 40 - BUKU PERANCANGAN SEKOLAH 2020
P. 40

Senarai Tugas Dan Amanah Staf 2020


                  7. Pengaruh Teladan
                  Pengaruh teladan yang positif boleh mendatangkan hasil atau keuntungan yang baik dan banyak.
                  Seseorang yang baik dapat menpengaruhi orang lain sama ada dari segi kepimpinan, tunjukajar,
                  akhlak, tuturkata dan tingkahlaku yang mendatangkan kebaikan.

                  Amalan positif:                              Amalan negatif
                  - Bermoral dan berakhlak tinggi              - Buruk perangai
                  - Tertib dan beradap sepanjang masa          - Jahil dan tidak suka membaca
                  - Rajin dan kuat kerja                       - Dengki dan buruk sangka
                  - Amanah dan bertanggungjawab                - Mempersendakan agama
                  - Berbudi mulia serta merendahkan diri       - Kedekut
                  - Gemar dan cintakan ilmu yang bermanafaat   - Suka mencari helah untuk mengelak
                  - Mengutamakan masyarakat lebih dari diri      tanggungjawab
                  - Berani mempertahankan kebaikan             - Sensitif dan pemarah

                  8. Kewajipan Menjalankan Tugas
                  Sesuatu tugas itu mesti dilaksanakan dengan cekap, cepat, berkesan dan sempurna. Sebarang
                  proses yang tidak menepati 4 krifteria tadi maka hasilnya akan menjadi cela, rosak, lambat, tidak
                  berguna, membazir dan seterusnya mendatangkan kerugian dari segi wang ringgit, tenaga manusia,
                  masa dan peralatan. Dengan lain perkataan, sesuatu tugas memerlukan pengurusan yang baik
                  supaya hasil tugas itu mencapai matlamatnya.

                  Amalan positif                               Amalan negatif
                  - Sentiasa bertangungjawab terhadap tugas    - Tidak boleh diharapkan
                    yang diberi                                - Suka bangkang dan berdalih apabila diberi
                  - Tekun dan sabar menjalankan tugas            tugas
                  - Boleh di harap untuk menyempurnakan tugas   - Tidak bersungguh-sungguh
                  - Mementingkan kualiti                       - Tidak peka kepada kualiti
                  - Bersikap profesional dan cekap             - Tidak taat kepada arahan
                  - Cepat,cermat dan berdisiplin               - Selalu buat silap
                  - Inisiatif                                  - Tidak ikut peraturan
                                                               - Suka bertangguh

                  9.Kebijaksanaan Berhemat(Cermat)
                  Berhemat bukan sahaja dari segi wang ringgit tetapi perkara-perkara lain seperti masa, bahan, kata-
                  kata dan penggunaan apa sahaja. Sekiaranya bahan atau alat dapat digunakan dalam jangkamasa
                  atau waktu yang lama, maka kuranglah perbelanjaan dan wang lebihan itu dapat diperuntukkan bagi
                  keperluan lain.

                  Amalan positif                               Amalan negatif
                  - Berhati-hati apabila berbelanja            -Boros dan suka menbazir
                  - Mengadakan sistem kewangan yang berkesan   -Tidak cermat dengan harta kerajaan
                  - Tidak membazir harta kerajaan datangnya    -Kurang peka dan bakhil kepada keperluan
                    dari  rakyat                                awam
                  - Bertanggungjawab keatas setiap perbelanjaan     -Suka berbelanja besar tidak kena pada
                    yang dilakukan                              tempatnya
                  - Tahu membezakan antara keperluan dengan    -Bermewah dengan harta kerajaan
                    kemewahan                                  -Memperaga kehebatan dan kemewahan










             KEE6016 SMK Mahsuri, Langkawi                                                                 40
   35   36   37   38   39   40   41   42   43   44   45