Page 41 - BUKU PERANCANGAN SEKOLAH 2020
P. 41

Senarai Tugas Dan Amanah Staf 2020


                  10. Keutamaan Kesabaran
                  Kesabaran ialah sifat yang dipuji oleh semua agama dan diakui kebaikkanya oleh para ilmuan, raja
                  dan pentadbir. Orang yang sabar menerima segala cabaran dengan tenang, memikirkan dengan
                  teratur dan jika timbul masalah ia tidak berputus asa. Semangat ketabahan yang ada kepada
                  seseorang yang sabar itu menunjukkan kewibawaanya dalam menjalankan tugas.

                  Amalan positif                               Amalan negatif
                  -Tenang menghadapi masalah rumit             -Cepat mengalah
                  -Mempunyai perhitungan jauh                  -Berpandangan sempit
                  -Tahan menerima cabaran                      -Tidak tahan menghadapi kesusahan
                  -Tidak putus asa                             -Tidak sanggup berkorban
                  -Pemaaf dan berhemah tinggi                  -Takutkan cabaran
                  -Cermat dalam tutur kata                     -Selalu mengubah pendirian dan keputusan

                  11. Peningkatan Bakat
                  Semua manusia mempunyai bakat dalam apa bidang sekalipun perlu ditingkatkan. Bakat mendorong
                  ke arah penciptaan, inovasi dan penyelesaian masalah yang rumit. Bakat dari segi pentadbiran, sains
                  dan teknologi, kesenian, penulisan memang dapat memberikan manafat kepada kehidupan manusia.

                  Amalan positif                               Amalan negatif
                  - Memberi dorongan terhadap kreativiti       -Tidak memberi galakan dan menyekat
                  - Memberi pengiktirafan kepada usaha- usaha      pemikiran baru
                    orginal                                    -Tidak menghargai bakat yang ada
                  - Mengalakkan pencambahan fikiran            -Memperkecilkan usaha orginal
                  - Memberi galakan kepada pemikiran baru      -Berpuashati dengan tahap bakat yang ada
                  - Berani mencuba idea-idea baru
                  - Mengenal dan memupuk bakat yang ada
                  - Menyediakan persekitaran yang dapat
                    melahirkan idea-idea kreatif

                  12. Nikmat Mencipta
                  Kepuasan yang amat ketara ialah rasa nikmat apabila dapat mencipta sesuatu yang mana ciptaan itu
                  mendatangkan faedah kepada masyarakat dan negara.

                  Amalan positif                               Amalan negatif
                  -Berani mencuba                              -Takut menemui kegagalan
                  -Sentiasa mencari idea baru dalam            -Memandang remeh usaha orang lain
                   menyelesaikan masalah                       -Berpuashati dengan kedudukan yang sediada
                  -Gembira melihat wujudnya idea dan kaedah    -Pemikiran tidak dinamik
                   baru dalam pentadbiran                      -Tidak suka pembaharuan
                  -Sentiasa dalam cabaran intelektual          -Tidak sabar dalam penciptaan baru
                  -Merasa puas kerana sesuatu idea atau
                   cadangan dapat dilaksanakan dan
                   dimanafaatkan















             KEE6016 SMK Mahsuri, Langkawi                                                                 41
   36   37   38   39   40   41   42   43   44   45