Page 45 - BUKU PERANCANGAN SEKOLAH 2020
P. 45
Senarai Tugas Dan Amanah Staf 2020
Pengetahuan Di peringkat paling asas, setiap kanak-kanak perlu menguasai sepenuhnya kemahiran
literasi dan numerasi. Selain itu, penting bagi setiap murid menguasai mata pelajaran
teras seperti Matematik dan Sains. Murid juga perlu didedahkan kepada pengetahuan
am yangmenyeluruh tentang Malaysia, Asia, dan dunia dari aspek sejarah, manusia,
dan geografi. Murid juga digalakkan mengembangkan pengetahuan dan kemahiran
dalam bidang lain seperti seni, muzik, dan sukan.
Kemahiran Setiap murid akan belajar cara memperoleh ilmu pengetahuan sepanjang kehidupan
Berfikir mereka (menerapkan perasaan ingin tahu dan mengamalkan pembelajaran sepanjang
hayat) untuk membolehkan mereka menghubungkan pelbagai disiplin ilmu dan
mencipta ilmu yang baharu. Setiap murid perlu menguasai pelbagai kemahiran kognitif
termasuk penaakulan dan pemikiran kritis, kreatif, serta inovatif. Bidang ini kurang
diberi perhatian, menyebabkan murid kurang berupaya untuk mengaplikasi ilmu
pengetahuan dan berfikir secara kritis di luar konteks akademik.
Kemahiran Dalam dunia yang semakin saling berhubung kait, kebolehan untuk memimpin dan
Memimpin bekerja dengan orang lain secara berkesan adalah amat penting. Sistem pendidikan
negara akan membantu setiap murid mencapai potensi sepenuhnya dengan
mewujudkan peluang yang formal dan tidak formal untuk bekerja dalam pasukan dan
mengamalkan ciri kepimpinan. Dalam konteks sistem pendidikan, kepimpinan
merangkumi empat dimensi, iaitu keusahawanan, berdaya tahan, kecerdasan emosi,
dan kemahiran berkomunikasi dengan berkesan.
Kemahiran Setiap kanak-kanak akan menguasai bahasa Malaysia sebagai bahasa kebangsaan
Dwibahasa dan bahasa perpaduan serta bahasa Inggeris sebagai bahasa komunikasi
antarabangsa sekurang-kurangnya pada tahap minima. Dengan tahap penguasaan
bahasa ini selepas menamatkan persekolahan, murid sepatutnya berupaya
menggunakan bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris dalam persekitaran kerja. Di
samping itu, Kementerian akan menggalakkan semua murid mempelajari bahasa lain
sebagai bahasa tambahan.
Etika dan Sistem pendidikan akan memupuk etika dan kerohanian dalam diri setiap murid bagi
Kerohanian mendepani cabaran yang akan ditempuhi dalam kehidupan dewasa, agar mereka
boleh menyelesaikan konflik secara harmoni, bijak membuat pertimbangan, berpegang
kepada prinsip ketika berada dalam situasi yang kritikal, serta berani melakukan
sesuatu yang betul. Sistem pendidikan juga berhasrat untuk membentuk individu
penyayang yang dapat menyumbang kepada kesejahteraan komuniti dan negara.
Identiti Identiti nasional yang kukuh melalui penghayatan prinsip Rukun Negara, diperlukan
Nasional untuk kejayaan dan masa depan Malaysia. Setiap murid akan berbangga dikenali
sebagai rakyat Malaysia tanpa mengira etnik, agama atau status sosio ekonomi.
Semangat patriotik perlu dipupuk dalam diri setiap murid dengan cara memahami
sejarah negara, dan berkongsi aspirasi yang sama untuk masa depan negara. Demi
mewujudkan identiti nasional yang sebenar, semangat keterangkuman yang teguh
amat diperlukan. Identiti nasional akan dapat dicapai bukan hanya belajar memahami
dan menerima kepelbagaian, tetapi juga menghayati kepelbagaian.
KEE6016 SMK Mahsuri, Langkawi 45

