Page 27 - Buku Pengurusan KVDSMZ 2021
P. 27

PERATURAN AM KOLEJ VOKASIONAL DATUK SERI MOHD. ZIN


              HADIR BERTUGAS (P.U. (A) 395/1993:

              1.  Para pensyarah dan AKPyang hadir bertugas hendaklah mengikut waktu persekolahan /kerja yang bermula pada
                  jam 8.00 pagi dan berakhir pada jam 5.00 petang.
              2.  Pensyarah / AKP hendaklah merakamkan kehadiran (thumb print) pada waktu hadir dan balik mengikut Perkara
                  1.1
              3.  Pensyarah diwajibkan hadir pada waktu Perhimpunan Rasmi, Upacara Rasmi Kolej,  kegiatan kokurikulum dan
                  Program kolej. Pensyarah yang tidak hadir mesti memberi surat tunjuk sebab.
              4.  Pensyarah / AKP yang ingin mengambil cuti (CRK / Cuti Tanpa Rekod) hendaklah memaklumkan kepada Ketua
                  Jabatan (Pengarah) terlebih dahulu serta mendapat kelulusan.
              5.  Pensyarah / AKP yang mengambil cuti sakit (MC) mesti memaklumkan kepada Pengarah / wakil.
              6.  Pensyarah / AKP tidak boleh keluar lebih daripada 4 jam untuk urusan peribadi, dan dikehendaki mengambil CRK
                  jika urusan yang dibuat melebihi 4 jam.

              DISIPLIN DAN PAKAIAN:

              1.  Pensyarah / AKP dilarang merokok dalam kawasan kolej.
              2.  Pensyarah / AKP hendaklah sentiasa berpakaian kemas pada waktu bertugas dan upacara rasmi (perhimpunan,
                  majlis tertentu ). Surat Pekeliling Ikhtisas (SPI) Bil. 6/1985 dan menunjukkan tingkahlaku yang boleh memberi
                  pengajaran kepada para pelajar kerana pensyarah adalah model dan contoh yang baik.
              3.  Pensyarah / AKP boleh berbaju Melayu lengkap dan bersamping pada hari Jumaat dan hari-hari kebesaran agama
                  Islam (SPI Bil. 6 / 1985).
              4.  Semua Guru Adalah Guru Disiplin. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 10/2001.
              5.  Pensyarah / AKP hendaklah menjaga dan menggunakan harta benda kolej dengan sempurna. Harta benda kolej
                  tidak dibenarkan dibawa keluar dari kawasan kolej  kecuali dengan izin Ketua Jabatan (Pengarah) secara rasmi
                  (P.U.(A)395/1993)4.(2)(g).
              6.  Pensyarah/AKP di larang sama sekali menggunakan peralatan atau bahan kolej untuk kepentingan peribadi
                  kecuali dengan  izin Ketua Jabatan (Pengarah) kolej.
              7.  Pensyarah / AKP hendaklah sentiasa menjaga keharmonian sesama rakan sejawat dan menjaga nama baik Kolej
                  Vokasional Datuk Seri Mohd. Zin.
              8.  Pensyarah / AKP  hendaklah membuat tindakan segera sebarang surat-surat rasmi yang dikeluarkan oleh Ketua
                  Jabatan / Pihak Jabatan / Kementerian.
              9.  Sebarang aktiviti berunsur perniagaan peribadi tidak dibenarkan dijalankan di dalam kolej
              10.  Pensyarah / AKP hendaklah sentiasa mematuhi Perintah Am Kerajaan dan surat-surat pekeliling dan ikhtisas yang
                  dikeluarkan oleh jabatan/kementerian.















                                                                                                            22
   22   23   24   25   26   27   28   29   30   31   32