Page 10 - E-MAJALAH SMK PAYA RUMPUT EDISI 2 TAHUN 2020
P. 10
KALAM BICARA
Bismillahirrahmanirahim,
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh Dan Selamat sejahtera
kepada warga SMK paya rumput.Alhamdulillah dengan izinNya,Majalah
D'Payarians edisi ke-2 dapat diterbitkan dengan jayanya tahun ini.Terlebih
dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru dan
rakan-rakan yang bertungkus-lumus menjayakan majalah ini. Segala penat
lelah terasa berbayar Dengan hasil yang diperoleh apabila dapat
mennerbitkan majalah ini.Sekalung penghargaan kepada semua ahli sidang
redaksi sekolah kerana telah banyak mengorbankan banyak masa dan
tenaga dalam penerbitan majalah ini. Kami juga amat berbesar hati apabila
diberi kepercayaan daripada guru sidang redaksi untuk menghasilkan
majalah ini. Proses dalam menghasilkan majalah amat berliku dan penuh
cabaran dapat kami atasi dengan baik dan alhamdulillah Allah
mempermudahkan semua.Pelbagai memori suka duka akan dikenangan
dan tersemat sebagai pengalaman hidup.
Semoga edisi kali ini dapat tinggalkan nostalgia yang amat bermakna.
Saya selaku ketua editor memohon maaf tentang segala kekurangan dan
kelemahan sepanjang proses majalah ini dijalankan dan akhir sekali saya
berharap agar majalah D'Payarians akan datang dapat meneruskan
dengan lebih baik.
Sekian terima kasih.
HANISAH FATINI BINTI HAIRUL AZRI 10
KETUA EDITOR MAJALAH D’PAYARIANS

