Page 8 - E-MAJALAH SMK PAYA RUMPUT EDISI 2 TAHUN 2020
P. 8

Assalammualaikum dan Salam 1 Malaysia,
      Alhamdulillah, syukur saya kehadrat Ilahi kerana limpah kurniaanNya

      majalah ini dapat diterbitkan.Tidak lupakan,terima kasih diucapkan
      kepada sidang redaksi majalah kerana telah memberi ruang dan
      kesempatan dalam menulis wacana ini.Sesungguhnya,usaha menerbitkan
      majalah ini merupakan suatu usaha ke arah memenuhi sebahagian
      daripada aspirasi murid.Peribahasa Melayu menyebut,’kalau tidak
      dipecah ruyungnya manakan dapat sagunya’.Justeru,sumbangan yang
      padu dan jitu daripada semua pihak warga sekolah,PIBG,dan komuniti
      setempat amat diperlukan bagi memastikan kualiti pendidikan dapat

      dipertingkatkan dan seterusnya dapat melahirkan lebih ramai lagi
      individu yang berjaya serta mampu melonjakkan kecemerlangan sekolah-
      sekolah di Malaysia.


        Saya berharap sidang redaksi pada tahun akan datang dapat
      meneruskan tradisi ini dengan lebih baik lagi.Moga majalah ini sedikit
      Sebanyak akan mengingatkan kita segala kenangan sepanjang tahun
      2019 ini.


      sekian,terima kasih.







                        PUAN DARI'AH BINTI SULAIMAN
                KETUA GURU PENASIHATSIDANG REDAKSI                                                                                          8
   3   4   5   6   7   8   9   10   11   12   13