Page 7 - E-MAJALAH SMK PAYA RUMPUT EDISI 2 TAHUN 2020
P. 7

Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan salam sejahtera,


        Syukur ke hadrat Allah SWT dengan limpah izinNya Majalah Sekolah

        SMKPR edisi kedua ini dapat diterbitkan. Majalah ini merupakan
        lambing dan imej sekolah. Di kesempatan ini,saya ingin mengucapkan
        syabas dan tahniah khususnya kepada Sidang Redaksi Majalah
        D’Payarians kerana telah berusaha dan bekerja keras dalam
        menghasilkan majalah ini sekali gus menerbitkan bagi tatapan seluruh
        warga SMK Paya Rumput.


        Majalah ini menjadi medan utama rakaman pelbagai aktiviti yang
        berlangsung di sekolah sepanjang tahun ini. Hal ini kerana,SMKPR
        telah meraih banyak kecemerlangan pada tahun ini dan tahun
        sebelumnya. Oleh yang sedemikian penerbitan majalah ini dapat

        menjadi ruang dan peluang untuk para pelajar menyuburkan bakat
        dalam dunia penulisan. Sesungguhnya, para guru dan pelajar telah
        bekerja keras meningkatkan prestasi sekolah ini.


        Akhir kata, saya berharap agar majalah ini akan tetap menjadi
        khazanah ilmu yang sentiasa dirujuk sepanjang zaman serta sentiasa
        diberkati oleh Allah SWT.







                       PUAN HAJAH RUBAIYA BINTI ABU NAWAS
                                    PENGETUA CEMERLANG DG54                                                                                 7
   2   3   4   5   6   7   8   9   10   11   12