Page 5 - E-MAJALAH SMK PAYA RUMPUT EDISI 2 TAHUN 2020
P. 5

SEJARAH SEKOLAH




       Pembinaan Sekolah Menengah Kebangsaan Paya Rumput bermula pada Oktober 2010.Sekolah ini dibina di atas tapak seluas 25 ekar atau
     9.71 hektar tanah bekas estet getah yang terletak  di dalam Mukim Paya Rumput,Melaka dan pentadbiran tempatan adalah di bawah
     pentadbiran daerah Melaka Tengah.

       Kewujudan sekolah ini adalah hasil usaha Yang Berhormat Dato’ Tahir bin Haji Hassan,Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Paya
     Rumput sebagai pelogi asal.Tujuannya ialah kemuadahan masyarakat sekitar yang semakin meningkat selari dengan peningkatan
     pembangunan negeri Melaka amnya dan pembangunan pendidikan Malaysia khasnya.Pembinaan sekolah yang indah dan lengkap dengan
     prasarana di atas bukit ini menelan kos sebanyak 25 juta ringgit Malaysia di bawah peruntukan Rancangan Malaysia ke-10.

       Operasi awal SMK Paya  Rumput  telah dimulakan dengan hanya tiga orang Pegawai Perkidmatan Pendidikan iaitu Datin Wira Hajah
     Hamidah bte Hj. Hassan,selaku Tuan Pengetua,En Japar bin Hashim selaku Guru Knan Pentadbiran dan En.Abd. Ghafar bin Md. Ali selaku
     Guru Kanan Hal Ehwal Murid.Mereka bertugas di sekolah ini tanpa bantuan staf sokongan.

       Pada 18 September 2012,SMK Paya Rumput  telah mengadakan Majlis Pra-Pembukaan yang disempurnakan oleh Yang Berhormat Dato'
     Gan Tian Loo,Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Duyung merangkap Pengerusi Jawatankuasa Negeri Pelajaran,Belia & Sukan.Turut
     hadir didalam majlis tersebut ialah Yang Berhormat,Datuk Abdul Rahaman bin Abdul Karim,Timbalan Jawatankuasa Negeri Pelajaran,Belia
     & Sukan,Ynag Berbahagia,Tn Hj Kasim Bin Mohamad,Pengarah Pelajaran Negeri Melaka dan Yang Berusaha En. Abdul Mutralib Bin
     Osman,Timbalan Pengarah Pelajaran Negeri Melaka.Pada hari pra-pembukaan sekolah ini juga menyaksikan seramai 240 orang murid
     mendaftar secara rasmi sebagai murid SMK Paya Rumput.Sebanyak 14 buah bilik darjah telah dibuka dan beroperasi sepenuhnya pada 18
     September 2012.

       SMK Paya Rumput merupakan sebuah sekolah yang dilengkapi dengan kemudahan prasarana pendidikan.Terdiri daripada empat buah
     blok bangunan yang setiap satunya mempunyai empat aras.Sekolah ini mula beroperasi dengan kemudahan seperti pejabat,bilik
     datjah,perpustakaan,makmal sains,makmal komputer,bengkel kemahiran hidup,makmal bahasa,bilik guru,surau,bilik muzik,bilik
     matematik dan sains,bilik geografi,bilik warisan,bilik PBS,stor sukan,bilik gerakan,bilik fail,bilik boss,klinik sekolah,bilik persalinan dan
     padang(bolasepak,bola keranjang,badminton dan takraw.)

      Menginjak masa kini,SMK Paya Rumput seusianya mengorak langkah sedikit demi sedikit mula mencipta identiti sesuai dengan acuan
     masyarakat setempat dalam pengisian aspirasi negara ke arah pendidikan bertaraf global.Semoga sekolah ini mencipta kecermerlangan
     demi kecemerlangan dan mampu melahirkan ramai modal insan yang dapat berbakti untuk membangunkan Malaysia.


                                                                                                                                            5
   1   2   3   4   5   6   7   8   9   10