Page 116 - E-MAJALAH SMK PAYA RUMPUT EDISI 2 TAHUN 2020
P. 116
PANTUN 4 KERAT
Bunga melur bunga cempaka,
Bau wanginya tidak terhingga.
Janganlah kita berburuk sangka,
Jikalau enggan menanggung dosa.
Penyapu lidi dibeli Ana,
Dilihat ikatan talinya sungguh erat.
Besarnya jasa kedua ibu bapa,
Biarlah diingat sampai ke akhirat.
Pak Atam membeli seekor kuda,
Kudanya sangat kuat bekerja.
Berbuatlah baik setiap masa,
Jikalau hendak mencium syurga.
Berhati-hati jika terlihat retakan kaca,
Jikalau tidak,dilihat darah merah.
Menuntut biarlah setiap masa,
Agar masa depan dijamin cerah.
Senyuman terukir semasa melihat bonda,
Ingin dipeluk pada setiap masa.
Zaman remaja sangat berharga,
Jangan dimusnahkan dalam sekelip mata.
Disediakan oleh: Bhaveethira Kiumars 4Stem3
116

