Page 113 - E-MAJALAH SMK PAYA RUMPUT EDISI 2 TAHUN 2020
P. 113

KASIH TERSEMBUNYI
                 Azman Bin Abdullah, merupakan seorang pelajar cemerlang dalam segi akademik dan kokurikulum. Beliau juga telah
        memperolehi keputusan yang cemerlang dalam PT3 dan SPM. Sikap beliau yang rajin dan berdedikasi memberikannya peluang
        untuk melanjutkan pelajarannya di Universiti Malaya di dalam jurusan kedoktoraan. Beliau merupakan abangku dan sinaran cahaya
        yang sentiasa menyinari hidup kami sekeluarga.
                  Namun, hubungan kami berdua tidaklah serapat seperti dahulu. Kini hubungan kami seperti anjing dengan kuching. Hampir
        setiap hari kami bergaduh, tidak kira siang atau malam. Perselisihan kami menimbulkan kerisauan oleh ibu dan abah. Walaupun,
        pergaduhan di antara adik beradik merupakan perkara yang normal, namun hari demi hari hubungan kami bagaikan ingin putus
        dengan perlahan. Kami berdua kini kurang bertegur sapa, apatah lagi bertentang mata.
                Aku mempunyai sebab mengapakah aku tidak berapa sukakan abangku. Aku sering terselindung disebalik bayang abangku.
        Kejayaannya kadangkala membuatkanku berasa cemburu. Kadangkala juga, kejayaannya membuatkanku berasa aku tiada
        keistimewaan dalam diri atau aku tidak setandingnya. Dia mempunyai aspek-aspek seorang pemimpin. Pantang berundur sebelum
        berjuang merupakan peribahasa yang menceritakan sifat abangku yang berani melakukan baharu dan tidak mudah berputus asa.
                Aku seorang perempuan yang berkeinginan tinggi untuk menonjolkan kebolehan aku kepada orang ramai tetapi aku juga
        seorang yang tiada keyakinan pada diri sendiri. Oleh itu, aku amat cemburu akan abangku yang berjaya sementara aku duduk di
        bawah dan melihat kejayaannya. Aku diberi pelbagai peluang untuk membuktikan kepada abangku bahawa aku boleh melakukan
        perkara sepertinya tetapi seringkali aku tidak merebut peluang tersebut kerana tiada keyakinan pada diriku sendiri.
                Kejayaan merupakan perkara yang setiap manusia inginkan termasuklah aku. Namun, bagiku perkara itu hanya sebuah
        fentasi yang tidak akan tercapai untuk diriku. Kadangkala, aku terfikir “Adakah ibu bapaku masih sayang akan diriku?” atau “Adakah
        ibu bapaku kecewa akan diriku kerana aku tidak seperti abangku?”. Persoalan ini sentiasa terngiang-ngiang di fikiranku bagai lagu
        yang dimainkan berulang-ulang kali.
                 Aku berusaha sedaya upaya mendaki gunung yang tinggi untuk berada di puncak seperti abangku. Walaupun tubuh
        badanku cedera dalam mengharungi setiap cabaran untuk mencapai matlamatku yang setinggi langit, aku akan berasa bahawa
        betapa kuatnya aku cuba, aku tidak akan sampai ke puncak. Aku akan sentiasa berada di bawah, aku akan sentiasa terselindung di
        sebalik bayangan abangku di mana tiada siapa menyedari kewujudanku. Justeru itu, aku berasa terpinggir apabila ibu dan abah
        gembira akan kejayaan abangku. Aku berharap walaupun sekali ibu bapaku bangga atas pencapaian aku.
                 “Abang ni asyik marah Azah je!” getus Azah kepada abangnya Azman. “Ini sebab Azah ni pemalas betul! selalu bermalas-
        malasan, Azah pergilah ulangkaji atau tolong kemas rumah kan lebih baik” kata Azman. Azah menjelingkan matanya kapada Azman.
        “Abang kata Azah pemalas? Lebih baik abang tanya soalan itu kepada diri sendiri. Abang tak pernah nak tolong apa-apa pun!” jerit
        Azah kepada abangnya. “Azah tu perempuan kenalah rajin sedikit” balas Azman. Ibu mereka tiba-tiba mencelah “Azah apa abang
        kamu katakan tu betul. Perempuan mestilah lebih rajin berbanding lelaki” kata ibu. Perkara ini menambahkan kemarahan Azah.
        “Sudahlah, abangkan anak kegemaran ibu dan abah! Ibu minta tolong dekat dia jelah!” jerit Azah.
                                                                                                                                            113
   108   109   110   111   112   113   114   115   116   117   118