Page 114 - E-MAJALAH SMK PAYA RUMPUT EDISI 2 TAHUN 2020
P. 114

Azah dengan lantasnya pergi ke biliknya lalu menghempaskan pintu biliknya dengan kuat dan serta merta mengkuncikannya. Dia
           terus baring di atas katilnya yang selembut awan. Air mata mula mengalir turun wajah Azah. Dia menangis dengan perlahan untuk
           meluahkan kepedihan di dalam hatinya yang sudah sekian lama dipendam. “Nampaknya terang-teranglah ibu dan abah lebih
           sayangkan abang daripada aku” bisik Azah pada dirinya.
                     Azah mula mengenang kembali memori silamnya di mana dahulunya hubungan Azah dan abangnya seperti isi dengan
           kuku. Ketika mereka masih kecil Azah akan membonceng basikal BMX milik abangnya. Memori silam tersebut mula mengamet
           kenangan lalu.
                     Azah bagun lalu mecapai tudungnya sambil melangkah longlai menuju ke pintu besar rumahnya. Dia mula membuka pintu
           dengan perlahan sambil memandang jauh ke arah taman. Tanpa disedari, langkah Azah membawanya ke sebuah bangku di bawah
           pohon yang agak rendang.
                     Sinaran cahaya menembusi celah-celah daun, angin yang meniup perlahan mententeramkan suasana di sekeliling Azah
           serta mententeramkan perasaanya yang bercampur baur. Lamunan Azah terhenti apabila mendengar sapaan sahabat karibnya,
           Aqila. “Eh, Azah kamu buat apa di sini?” Azah membalas dengan seyuman lalu mempelawa Aqila untuk duduk bersamanya di
           bangku.
                     Azah kemudiannya menceritakan masalahnya kepada Aqila. Seyuman Azah yang dipaparkan mula hilang. Suasana
           menjadi agak sunyi sepi dan ekspresi muka ceria Azah kembali sedih. Aqila memberikan seyuman kepada Azah “Kamu janganlah
           bersedih Azah. Saya yakin abang kamu marah kamu kerana dia amat sayangkan kamu. Pergaduhan merupakan perkara yang
           biasa berlaku di antara adik beradik. Namun, janganlah pergaduhan yang kecil membuatkan hubungan kasih sayang di antara
           kamu berdua terputus. Mungkin dengan menunjukkan kejayaannya kamu akan lebih bersemangat berusaha sepertinya. Pada
           pendapat saya abang kamu benar-benar sayangkan kamu, Cuma dia menunjukkan kasih sayangnya dengan cara yang berbeza.
           Jadikanlah kejayaan abang kamu sebagai inspirasi kamu untuk terus berjuang sehingga mencapai matlamat kamu” kata Aqila
           bersertakan seyuman manis. Kata-kata Aqila bagai air yang dingin juga yang dapat memadamkan api.
                     Seyuman Azah mula kembali apabila mendengar kata-kata sahabat karibnya. “mungkin apa yang dikatakan awak itu
           benar. Masih panjang lagi perjalanan saya. Saya tak boleh mengalah sekarang” kata Azah dengan penuh bersemangat. “ Terima
           kasih Aqila awak memang kawan yang baik” sambung Azah. “Sama-sama, baguslah awak dah kembali ceria” kata Aqila.


                     Matahari mula terbenam, Azah dan Aqila pulang ke rumah masing-masing. Azah terkejut apabila pulangannya disambut
           oleh abangnya yang berwajah risau. “ Azah pergi mana tadi? Azah keluar tak bagi tahu orang. Kesian ibu dan abah tau, diorang
           risaukan Azah tadi. Kalau jadi apa-apa macam mana” marah Azman. “Azah keluar ambil angin jelah, abang tak payahlah risau” kata
           Azah. Dia terus melangkah masuk ke dalam rumah. “Mungkin satu hari nanti aku akan berjaya seperti abang dan mungkin kita akan
           rapat seperti dahulu” Azah kata pada dirinya. Namun, jauh di sudut hati Azah yakin bahawa air yang dicincang tidak akan putus.


                                                 NAMA PENGARANG: NURUL NABILA BINTI BAHSHARUDIN                                             114
                                                                                  4 STEM 2
   109   110   111   112   113   114   115   116   117   118   119