Page 111 - E-MAJALAH SMK PAYA RUMPUT EDISI 2 TAHUN 2020
P. 111

BAHASA MELAYU



             Sepi Seorang Tua





                Sejak kau tiada Milah, hidup ini terasa begitu sepi. Terasa apa sahaja perkara yang ingin dilakukan tidak menjadi.
          Duduk terasa bosan. Baring pula terasa sukar untuk melelapkan diri. Masa silam sering menjengah ingatan. “Ah, cepatnya
          masa berlalu!” bisik hatiku. Sedar tidak sedar, usiaku telah mencapai 80 tahun.
                   “Leha. Sepuluh tahun kahwin, anak dah masuk sembilan. Untung anak ramai”. Kata – katamu, bulan pertama
          perkahwinan menyapa gegendang telinga. Terasa masih baharu. Bagaikan engkau ada di depan mata.
                   “Anak dua tiga orang cukuplah. Anak ramai susah jaganya” kata diriku. “Hish abang ni, setiap anak bukanlah ada
          rezekinya! Anak seorang dua, lebih – lebih lagi anak perempuan, sudah kahwin ikut suami, Tua kelak, tinggallah kita macam
          pengantin baru” rungut isteriku.
                   Takdir menentukan anak aku seramai tujuh orang iaitu empat lelaki dan tiga perempuan. Semua anak aku berjaya
          belajar sehingga ke manara gading dan kini semuanya berjaya dalam bidang masing – masing. Ada yang bergelar doktor,
          pensyarah, akauntan dan guru. Walaupun ada anak yang ramai, apabila tua begini, aku dibiarkan bersendirian.

                   Anak – anak sering mempelawa diriku untuk menetap sebumbung dengan mereka, namun aku sering menolak
          perlawaan mereka kerana aaku tidak betah dengan kehidupan di kota. Mereka terlalu sibuk dengan urusan kerja dari pagi
          hingga ke larut malam demi mencari sesuap nasi sehingga sanggup meninggalkan aku di rumah berseorangan nanti. Aku
          semestinya juga akan merindui suasana hijau, bendang yang terbentang luas, cengkerik yang berbunyi atau melihat
          keindahan burung camar di angkasa.

                   Kini, tinggallah aku disini mengusung tua bagaikan senja yang melambai kedatangan malam. Tetapi jikau engkau
          tidak pergi, sejak tiga tahun yang lalu, hidup ini tidak akan terlalu sepi. Mengapa engkau pergi dahulu, Milah? Pertanyaan
          itu tidak wajar untuk aku ungkapkan, bagaikan melawan takdir.

                   Azan Zuhur dari surau sayup – sayup kedengaran. Aku berusaha untuk bingkas bangun. Terasa kaki ini menggigil
          untuk me
             2020/5/27nampung badanku yang berat. Aku melangkah lambat menuju tingkap yang sudah terbuka. Angin bertiup masuk.
          Aku terus melangkah. Sebelum tubuh ini tumbang, aku telah mencapai kayu palang pintu. Untuk seketika aku termengah.
                                                                                                                                            111
   106   107   108   109   110   111   112   113   114   115   116