Page 13 - Buku Program Mesy Agung PIBG Ke-29 2019
P. 13
Agenda 5 : Membahaskan Usul-Usul
5.1 Puan Pengetua membentangkan usul pertama dan kedua iaitu pelajar tingkatan 4
dijadualkan untuk balik awal dan menyediakan mesin fotostat kepada pelajar. Puan
Pengetua menjelaskan waktu balik pelajar tingkatan 4 adalah mengikut jadual ketetapan
KSSM. Tujuan balik waktu yang sama supaya waktu digunakan untuk masa pembelajaran.
Manakala mengenai mesin fotostat akan dibincangkan dengan pihak koperasi atau kiosk.
5.2 Pn. Yusnaini usulkan tentang kelas tambahan berfokus untuk kelas PT3 dan SPM.
Puan Pengetua menjelaskan kelas tambahan difokuskan selepas peperiksaan
pertengahan tahun memandangkan kekangan waktu. Pihak sekolah tidak mengabaikan
kelas belakang atau kelas akhir, cuma pelajar-pelajar kelas akhir kurang berminat untuk
pembelajaran di dalam kelas ataupun kelas tambahan.
5.3 Memohon pihak sekolah menyediakan loker berkunci kepada pelajar di kelas untuk
menyimpan barang penting.
Pn. Pengetua menjelaskan bahawa pihak sekolah tidak mampu menyediakan loker untuk
pelajar. Pelajar tidak perlu membawa barang penting ke sekolah seperti telefon bimbit
dan duit lebihan.
5.4 Puan Pengetua memaklumkan bahawa kutipan sumbangan PIBG hanya sebahagian
sahaja yang membayarnya. Bagi mengelak ketidakadilan kepada yang membayarnya,
slip keputusan akan ditahan, jadi ramai pelajar yang tidak membuat bayaran akan
membayar semasa mendapat keputusan.
5.5 Memohon supaya pelbagai program diadakan untuk menjana pendapatan sekolah
seperti wang sewaan dewan sekolah.
5.5.1 Puan Pengetua menjelaskan wang sewaan dewan, perlu dimasukkan dalam lajur
akaun kerajaan. Usul akan dibawa oleh pengetua ke peringkat JPN apabila ada
mesyuarat nanti.
5.5.2 En. Seri Lanang memohon ibu bapa mengangkat tangan jika bersetuju dengan usul
wang sewaan dewan akan dibawa ke JPN. Semua waris bersetuju.
5.6 Pn. Hjh Rusiah mencadangkan usul agar ibu bapa menyediakan 3 sampul surat bersetem
untuk surat amaran ponteng sekolah. Hal ini kerana setiap tahun hampir RM800 digunakan
untuk membeli sampul surat dan setem.
5.7 Pn. Hjh Rusiah memaklumkan terdapat 23 orang murid yang layak menerima bantuan
KWAMP dan pihak sekolah menganjurkan program Muqaddam dan hafazan bacaan
dalam solat pada setiap pagi. Buku dan Mashaf Al-Quran dibeli menggunakan tabung
derma daripada pihak guru dan sumbangan perseorangan.
5.8 En. Seri Lanang mencadangkan agar sumbangan PIBG pada tahun ini dinaikkan daripada
RM30 kepada RM40 bagi seorang pelajar, manakala bagi pelajar yang mempunyai adik
beradik lain di SMKTK sumbangan PIBG dikekalkan sebanyak RM50. Semua waris bersetuju.
5.9 En. Seri Lanang mencadangkan pada tahun 2018 akan melaksanakan "Ceriathon" untuk
mengutip dana PIBG bagi menampung perbelanjaan pelbagai aktiviti yang dirancang
demi kecemerlangan anak-anak. Perkara ini telah dipersetujui oleh semua waris.
13 | Mesyuarat Agung PIBG SMK Telok Kumbar Kali Ke-29

