Page 8 - Buku Program Mesy Agung PIBG Ke-29 2019
P. 8
Kehadiran anak-anak ke sekolah juga amat penting. Janganlah kerana
demam yang biasa – biasa mereka sudah tidak hadir ke sekolah berhari – hari. Latih
anak – anak kita jadi kuat dan berani. Apabila mereka di sekolah, mereka akan
menerima ilmu pengetahuan, walaupun sedikit namun ia lebih baik daripada
langsung tidak menerima apa – apa.
Hadirin sekalian,
Dalam proses mencapai kejayaan, penguasaan membaca, menulis dan
mengira amat penting bagi setiap murid. Penguasaan ketiga – tiga kemahiran asas
ini sebenarnya membantu mereka menguasai mata pelajaran yang lain. Oleh itu,
saya menggesa agar tuan – tuan dan puan – puan memberi lebih perhatian
kepada mereka. Sebagai ibu bapa, kita perlu tahu akan peri pentingnya
pendidikan dalam mengubah nasib pada masa akan datang. Pendidikan
memainkan peranan penting untuk mencapai hidup yang berkualiti. Pendidikan
yang baik adalah modal yang paling mahal dalam mengubah nasib kita pada
masa akan datang. Melalui pendidikan akan menjamin kesejahteraan dan
kebahagiaan hidup kita pada masa akan datang. Apa yang kita semai pada hari
ini, hasilnya akan kita tuai pada masa akan datang. Pada hari ini, kita semai benih
ilmu dalam diri anak – anak kita. Pada hari kemudian, kita tuai hasil itu dengan
kebahagiaan dan kesenangan. Biarlah kita berpayah – payahan dahulu, kelak di
hari tua kita nanti, kita akan bersenang lenang.
Oleh itu, marilah kita bekerjasama dan berganding bahu membentuk anak –
anak kita berjaya dan menjadi orang yang berguna kepada keluarga dan negara
kita. Seyogia diingatkan bahawa, ibu bapa perlu memainkan peranan bagi
kesinambungan pembelajaran anak-anak di sekolah. Kalau ibu bapa terleka dan
alpa, dibimbangi proses pembelajaran anak-anak akan terbantut dan tersekat
ketika mereka keluar dari kawasan sekolah. Insya Allah, jika berlaku pertautan
pembelajaran di rumah dan di sekolah, anak-anak kita akan berjaya dengan
cemerlang dalam bidang pembelajaran
Mesyuarat Agung PIBG SMK Telok Kumbar Kali Ke-29| 8

