Page 9 - Buku Program Mesy Agung PIBG Ke-29 2019
P. 9
Hadirin yang dihormati sekalian,
Selain ibu bapa dan guru berperanan dalam melahirkan murid yang cemerlang,
kemudahan logistik yang baik dan selamat juga membantu kita mencapai hasrat
itu. Keselesaan dan keceriaan sekolah akan memberi satu suasana yang
menggalakkan kepada murid – murid. Mereka pastinya akan berasa seronok untuk
ke sekolah seterusnya menimba ilmu dalam keadaan yang seronok dan terhibur.
Walaupun sekolah ini terletak di luar bandar dan berlatar belakangkan susuk fizikal
yang sederhana, ia tidak mustahil dapat membentuk seorang pemimpin yang
hebat atau pegawai tinggi kerajaan. Namun, ia harus bermula di sini, di sekolah.
Oleh itu, saya berhasrat untuk menyediakan kemudahan yang terbaik dan sesuai
dengan potensi yang dimiliki oleh mereka. Saya akan cuba membuat
penambahbaikkan serta pengubahsuaian yang perlu bagi menyediakan khidmat
terbaik untuk murid – murid. Keceriaan dalam pembelajaran dapat memberi kuasa
tambahan motivasi kepada murid – murid untuk belajar. Oleh itu, saya menyeru ibu
bapa, pihak PIBG untuk bersama – sama kami, warga sekolah dalam melahirkan
lebih ramai cendekiawan dan pemimpin tersohor yang boleh kita banggakan suatu
hari nanti.
Sebelum mengakhiri ucapan, sekali lagi saya mengucapkan terima kasih
kepada semua ibu bapa sekalian. Kesudian anda semua menghadirkan diri ke
majlis ini memberi satu suntikan semangat kepada saya untuk terus berkhidmat
dalam dunia pendidikan ini. Saya menyusun jari memohon maaf sekiranya terdapat
salah dan silap. Apa yang saya perkatakan datangnya dari hati saya yang ikhlas
demi melihat kemajuan anak-anak kita jua.
Akhir kata dengan lafaz saya
merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru SMK Telok Kumbar kali
ke-29 bagi sesi 2019.
Sekian, wabillahi taufiq walhidayah, Wassalamualaikum warrah matullahi
wabarakatuh. Sekian, terima kasih.
9 | Mesyuarat Agung PIBG SMK Telok Kumbar Kali Ke-29

