Page 12 - Buku Program Mesy Agung PIBG Ke-29 2019
P. 12

MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-28
                                              SMK TELOK KUMBAR
                                                   SESI 2018/2019



                TARIKH               : 10 MAC 2018
               HARI                  : SABTU
               MASA                  : 8.00 PAGI
               TEMPAT                : DEWAN AN-NUR, SMK TELOK KUMBAR



        Agenda  1 : Ucapan Alu-Aluan Oleh Pengerusi

        1.1    Mesyuarat dipengerusikan oleh En. Seri Lanang Bin Dato’ Shamsuri
        1.2    Pengerusi  berharap  agar  pihak  ibu  bapa  membantu  pihak  sekolah  untuk  mengadakan
               pelbagai program demi kepentingan pembelajaran dan sahsiah anak-anak.
        1.3    Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada pihak sekolah terutamanya guru-guru yang
               dedikasi untuk kecemerlangan pelajar sehingga SMK Telok Kumbar cemerlang berada di
               kedudukan yang kedua dalam daerah Barat Daya.
        1.4    Mesyuarat  Agung  PIBG  merupakan  platform  pertemuan  antara  ibu  bapa  dan  pihak
               sekolah, pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih kepada ibu bapa yang hadir.

                                                                                                    Makluman

        Agenda 2 : Membentang Dan Mengesahkan Minit Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-28

        2.1    Pengerusi meminta ahli mesyuarat PIBG merujuk minit yang diberikan (muka surat 11 – 17),
                   seterusnya meminta cadangan untuk disahkan dan sokongan.
        2.2    Disahkan oleh         : En. Shaharul Anuar Bin Abdul Ghani (waris)
               Disokong oleh         : En. Noorizani Bin Mat Rani (waris)
                                                                                                       Makluman

        Agenda 3 : Membentangkan Laporan Aktiviti Tahunan PIBG Sesi 2017/2018
        3.1    Pengerusi meminta semua ahli PIBG merujuk laporan aktiviti 2017/2018 di  muka surat 14.
        3.2    PIBG telah mendapat sumbangan tiga buah komputer daripada Penang Port.
        3.3    Suasana  SMKTK  ini  memerlukan  LCD  Projektor  kerana  perlu  untuk  penggunaan  sewaktu
               proses pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc).
        3.4    Disahkan oleh              : En. Shaharul Anuar Bin Abdul Ghani (waris)
                Disokong oleh             : En. Mohd Imran Bin Ibrahim (waris)
                                                                                                    Makluman

        Agenda 4 : Membentang Penyata Kewangan PIBG Sesi 2017/2018
        4.1    Pengerusi meminta semua ahli PIBG merujuk laporan belanjawan di muka surat 15.
        4.2    En. Shaharul Anuar Bin Abdul Ghani memohon pencerahan tentang Program Hijau.
        4.3    Puan Pengetua menjelaskan bahawa Program Hijau ialah penanaman pokok-pokok dan
               kitar semula untuk menghijaukan kawasan sekolah.
        4.4    Pn.  Hjh  Rusiah  menjelaskan  tentang  akaun  tumpang  untuk  Program  Hijau,  KAGUM  dan
               HEM.
        4.5    Disahkan oleh         : En. Shaharul Anuar Bin Abdul Ghani (waris)
               Disokong oleh         : En. Mohd Imran Bin Ibrahim (waris)
                                                                                                     Makluman

                                                          Mesyuarat Agung PIBG SMK Telok Kumbar Kali Ke-29| 12
   7   8   9   10   11   12   13   14   15   16   17