Page 10 - Amalan Terbaik dan Inovasi dalam PdP PPDMT 2021
P. 10
5. Kumpulan Sasaran Semua murid Islam khususnya murid prasekolah atau
sesiapa sahaja yang ingin mempelajari mengenai tatacara
penulisan dan pengejaan.
6. Latar Belakang Sejajar dengan kehendak dan keperluan Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) yang
menekankan kemenjadian murid, maka inovasi perlu diberi
penekanan sewajarnya. Sehubungan dengan itu, selaku
guru pendidikan Islam di sekolah rendah terdapat beberapa
masalah yang dikenal pasti. Salah satunya ialah isu dan
masalah dalam pembelajaran jawi. Soal minat dan
kesukaran dalam mempelajari jawi banyak bertitik tolak
daripada pemahaman, pembacaan dan penulisan. Justeru
itu, pengkaji memilih masalah dalam penulisan jawi adalah
isu utama.
Hari ini kebanyakan murid agak sukar untuk menulis jawi
walaupun telah diberikan gambaran di depan kelas. Selain
itu, terdapat murid yang mula menulis jawi dengan cara
sendiri hingga menyebabkan ianya menjadi kebiasaan.
Bayangkan murid yang boleh membaca jawi tetapi
menghadapi masalah menulis huruf jawi yang tidak teratur
malah tidak sama besar. Masalah huruf yang tergantung dan
tidak berada pada ‘tempatnya’ sering berlaku kepada murid
sekolah rendah. Malah ada juga yang tidak perasan
kedudukan huruf yang ditulis itu berada pada kedudukan
garisan yang tidak betul. Permasalahan sebegini tidak
hanya berlaku pada murid sekolah rendah tetapi masyarakat
umumnya. Tambahan pula, di masa akan datang pelajaran
jawi akan mula diajar di sekolah jenis kebangsaan (SJK) dan
pasti mengundang isu dan masalah yang baru.
Justeru itu, melalui cetusan idea penghasilan inovasi ‘Smart
Alphabet JaHiAr’, diharapkan dapat membantu para guru
pendidikan Islam khususnya dalam mengajar subjek
pendidikan Islam dengan lebih sistematik. Inovasi ini boleh
diimplimentasikan dalam bidang Al-Quran (terutama topik
huruf-huruf hijayyah) dan bidang jawi (terutama huruf
tunggal dan bersambung). Meskipun begitu, inovasi ini juga
boleh digunakan untuk pelajaran Bahasa Arab. Huruf
hijayyah atau jawi, mempunyai perkaitan yang sangat rapat
dari segi huruf. Huruf-huruf ini apabila diletakkan baris maka
membentuk kalimah di dalam Iqra’, Al-Quran dan juga
kalimah dalam pelajaran Bahasa Arab.
Oleh itu, melalui beberapa kolerasi antara pelajaran yang
dihubungkan dengan huruf-huruf ini, maka saya melihat
inovasi ini berpotensi untuk ditambah baik dari masa ke
semasa serta dikembangkan ke pasaran komersial. Buat
masa ini perancangan lebih tertumpu untuk membantu
murid sekolah rendah yang menghadapi masalah menulis
huruf-huruf JaHiAr (jawi-hijayyah-arab) bagi subjek
10

