Page 9 - Amalan Terbaik dan Inovasi dalam PdP PPDMT 2021
P. 9

Lampiran B


                                      PERTANDINGAN GURU INOVATIF 2021
                                     KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


                                               PENERANGAN INOVASI


                 1.   Kategori
                      pertandingan            Prasekolah (Individu)


                 2.   Tajuk inovasi           Smart Alphabet JaHiAr (Bahan Bantu
                                              Belajar Pelbagai Guna / Multitasking
                                              Learning Tools)

                 3.   Sinopsis inovasi        Tulisan  jawi  merupakan  satu  kaedah  penulisan  tradisi
                                              masyarakat  melayu  dan  Islam  khasnya  di  Malaysia  ini.
                                              Tulisan  jawi  ini  mempunyai  persamaan  bentuk  huruf
                                              dengan  huruf  hijayyah  bagi  pelajaran  Al-Quran  dan
                                              Bahasa Arab. Namun begitu, masalah yang timbul apabila
                                              murid menulis huruf yang tidak sama bentuk dan huruf
                                              yang tidak berada pada garisan yang tepat. Masalah
                                              yang berlaku tidak hanya pada murid sekolah semata-
                                              mata tetapi ianya berlaku dalam masyarakat hari ini.
                                              Selain itu, inovasi ini boleh menjadi bahan bantu belajar
                                              berkonsepkan ‘multitasking’ dalam Pdpc Pendidikan Islam
                                              (Jawi  dan  Al-Quran)  serta  Bahasa  Arab.  Pelajaran
                                              menjadi lebih berpusatkan murid apabila inovasi ini diguna
                                              pakai secara menyeluruh dalam aktiviti Pdpc. Inovasi ini
                                              juga  menarik,  ringan  dan  mudah  untuk  digunakan.
                                              Semestinya  ianya  sesuai  untuk  semua  murid  sekolah
                                              rendah  dan  bagi  sesiapa  yang  ingin  belajar  menulis
                                              perkataan jawi, hijayyah atau bahasa Arab.
                                              i)  Menguji  kefahaman  murid  serta  meningkatkan
                                                   penguasaan  mereka   mengenai  penulisan huruf
                                                   yang sama bentuk.
                                              ii)    Menambah  baik  kemahiran  murid  dalam  penulisan
                                                   perkataan/kalimah  Pendidikan  Islam  dan  Bahasa
                                                   Arab.
                 4.   Objektif inovasi        iii)  Menyediakan Bahan Bantu Belajar yang menarik,
                                                   ringan dan mudah dipraktikkan oleh murid.


                                              iv) Menyediakan Bahan Bantu Belajar yang berkonsepkan
                                                   pelbagai guna (multi-tasking) kepada guru serta murid
                                                   dalam  aktiviti  Pdpc  Pendidikan  Islam  (Jawi  &  Al-
                                                   Quran) dan Bahasa Arab.










                                                             9
   4   5   6   7   8   9   10   11   12   13   14