Page 193 - Amalan Terbaik dan Inovasi dalam PdP PPDMT 2021
P. 193
OBJEKTIF INOVASI
Inovasi SMART BUILDING STRUCTURE mempunyai 4 objektif utama iaitu:
a. Meggambarkan struktur yang tersembunyi di dalam bangunan.
b. Menentukan kedudukan struktur yang tersembunyi di dalam bangunan
c. Menulis istilah struktur bangunan dalam Bahasa Malaysia
d. Menulis istilah struktur bangunan dalam Bahasa Inggeris
KUMPULAN SASARAN
Kumpulan sasaran yang terlibat adalah seramai 20 orang pelajar 2 Diploma Teknologi Pembinaan di
Kolej Vokasional Melaka Tengah yang telah mempelajari modul Struktur Bangunan pada awal
semester 1 tahun 2020.
LATAR BELAKANG INOVASI
Pengalaman mengajar subjek Teknologi Pembinaan di Kolej Vokasional sejak tahun 2013 memberi
banyak cabaran pahit dan manis kepada saya. Sepanjang tempoh masa ini saya sering memikirkan
pendekatan-pendekatan terkini yang dapat saya gunakan di dalam kelas untuk meningkatkan
kefahaman pelajar dan seterusnya dapat menimbulkan minat mereka dalam bidang Teknologi
Pembinaan.
Modul Struktur Bangunan merupakan Modul asas yang perlu dikuasai oleh pelajar dalam bidang
Teknologi Pembinaan. Walau bagaimanapun, sebilangan besar pelajar tidak dapat menguasai
modul ini dan menyebabkan mereka kurang faham dan tidak berminat untuk meneruskan
pembelajaran seterusnya.
Pada peringkat awal pelajar akan didedahkan dengan lukisan struktur yang tersembunyi di dalam
bangunan dan istilah-istilah yang digunakan dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris.
193

