Page 198 - Amalan Terbaik dan Inovasi dalam PdP PPDMT 2021
P. 198

Reka bentuknya pula bersifat mesra pengguna,mudah alih dan senang untuk di bawa ke mana-

            mana. Dengan erti kata lain inovasi ini bukan sahaja memudahkan guru-guru mengajar di dalam
            kelas tetapi juga sangat sesuai digunakan oleh pelajar untuk pembelajaran kendiri di rumah atau
            dimana-mana sahaja.



            Jika sebelum ini pelajar belajar di sekolah dengan bantuan guru, namun kini mereka boleh belajar
            secara kendiri tentang struktur bangunan di rumah atau di mana sahaja. Pelajar boleh mengikuti

            setiap arahan yang diberikan di dalam produk inovasi SMART BUILDING STRUCTURE  dan
            mengimbas gambar bangunan untuk melihat imej secara 4D yang pastinya akan menarik minat
            pelajar dan memberi gambaran lebih jelas tentang struktur bangunan.



            Berdasarkan ciri-ciri yang dinyatakan selain daripada respond dan dapatan yang diperolehi, inovasi
            SMART BUILDING STRUCTURE juga berkesan untuk:



               a.  Menarik minat pelajar untuk mempelajari tajuk struktur bangunan dengan cara mudah dan
                   menyeronokkan

               b.  Pelajar mudah mengingati istilah-istilah struktur bangunan dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa
                   Malaysia.

               c.  Membantu  pelajar  untuk  menggambarkan  secara  jelas  struktur  yang  tersembunyi  didalam
                   bangunan.

               d.  Memberi  ingatan  jangka  panjang  kepada  pelajar  dengan  gambaran  yang  lebih  jelas  dan
                   tersusun melalui bantuan augmented reality (AR)
               e.  Membantu guru-guru Teknologi Pembinaan untuk mengajar tajuk Struktur Bangunan menerusi

                   pendekatan berbeza yang lebih efektif dan interaktif
















                                                           198
   193   194   195   196   197   198   199   200   201   202   203