Page 194 - Amalan Terbaik dan Inovasi dalam PdP PPDMT 2021
P. 194

Berikut merupakan contoh struktur bangunan yang perlu mereka kuasai:




















                           Rajah 1.0 : Nota dalam power point  berkaitan komponen struktur bangunan


            Terdapat empat masalah utama yang dihadapi oleh pelajar semasa mempelajari modul ini iaitu:
             i.    Meggambarkan struktur yang tersembunyi di dalam bangunan.

             ii.   Menentukan kedudukan struktur yang tersembunyi di dalam bangunan

             iii.   Menulis istilah struktur bangunan dalam Bahasa Malaysia
             iv.   Menulis istilah struktur bangunan dalam Bahasa Inggeris




            Sewaktu sesi PdPc dijalankan, beberapa orang pelajar tidak dapat menggambarkan struktur
            bangunan yang tersembunyi di dalam bangunan seperti rasuk, tiang, dan kerangka bumbung.
            Perkara ini berlanjutan apabila pensyarah menggunakan istilah-istilah yang asing bagi mereka

            dalam Bahasa Inggeris. Semasa sesi latihan pula, reaksi pelajar menunjukkan yang mereka
            kurang faham kerana mereka menunjukkan  ekspresi muka seperti dahi berkerut, bising,
            termenung, dan menjeling kawan  seolah-olah berputus asa serta malas untuk mencuba

            menjawabnya. Ada juga di antara pelajar hanya meninggalkan tempat kosong tidak berjawab.
            Berdasarkan Teori Pembelajaran Piaget (1970), menyatakan bahawa pelajar yang bosan dengan

            sesuatu gaya pengajaran guru akan hilang fokus dan melakukan perkara selain daripada yang
            sepatutnya.







                                                           194
   189   190   191   192   193   194   195   196   197   198   199