Page 195 - Amalan Terbaik dan Inovasi dalam PdP PPDMT 2021
P. 195

Apabila pengkaji bertanya kepada pelajar tentang kelemahan tersebut, beberapa orang pelajar
            memberi maklum balas seperti berikut:



                   “saya tidak boleh membayangkan kedudukan struktur bangunan yang tersembunyi kerana

                   tidak pernah pergi ke kawasan pembinaan”

                   “saya tidak tahu istilah yang sepatutnya digunakan dalam bahasa Inggeris kerana
                   dikampung istilah yang digunakan oleh orang kampung adalah berbeza”,

                   “Saya tak tahu untuk menjawab sebab tidak pernah diajar sebelum ini”.


            Walaupun saya telah mencuba pelbagai kaedah seperti menggunakan model gambar dalam Power
            Point tetapi pengkaji masih tidak dapat memberi kefahaman yang menyeluruh kepada pelajar.

            Perkara ini menyebabkan mereka bosan dan menjejaskan pencapaian mereka dalam Peperiksaan
            Akhir (PA) kelak. Saya juga kerap melakukan pembacaan bukubuku rujukan dan membuat carian

            maya di internet bagi mencari jalan penyelesaian terbaik mangatasi masalah ini. Namun semua
            usaha yang dilakuan menemui jalan buntu.




            Jika permasalahan ini dibiarkan berlanjutan, mereka akan menganggap subjek struktur bangunan
            adalah sesuatu yang sukar dipelajari, membosankan, memeningkan kepala serta mereka akan

            hilang minat dan jika hal ini tidak diselesaikan di peringkat Kolej Vokasional maka perkara ini akan
            berlanjutan sehingga mereka menyambung pelajaran pada peringkat universiti  malah lebih parah
            jika berlanjutan sehingga mereka menempuhi alam pekerjaan kelak.




            Berdasarkan masalah yang dihadapi, bermula pada tarikh 20 Julai 2020 saya mula memikirkan
            suatu kaedah yang bersifat kreatif dan inovatif untuk memudahkan pelajar saya mempelajari modul

            Struktur Bangunan dengan mudah. Setelah melalui beberapa siri percubaan maka saya telah
            berjaya menghasilkan satu inovasi yang diberi nama SMART BUILDING STRUCTURE sebagai
            satu langkah membantu pelajar saya meningkatkan kefahaman yang lebih baik dalam aspek

            menentukan kedudukan struktur bangunan dan menulis istilah dengan betul.








                                                           195
   190   191   192   193   194   195   196   197   198   199   200