Page 241 - Amalan Terbaik dan Inovasi dalam PdP PPDMT 2021
P. 241
PENGENALAN INOVASI
Kategori pertandingan : Individu Menengah
Tajuk inovasi : SNAKE MATH GAME
Sinopsis inovasi :
Snake Math Game (SMG), dicipta untuk memberikan
keseronokan dan memberikan kefahaman dalam
menyelesaikan masalah matematik dalam apa jua tajuk yang
diajar. Murid akan dinilai tahap kefahaman dan penguasaan
mereka melalui jawapan pada latihan, hasil kerja mereka dan
pemerhatian semasa mereka bermain SMG ini. Murid yang
menunjukkan peningkatan akan diberi ganjaran sebagai
motivasi kepada murid lain untuk menguasai pembelajaran
yang diajar.
Pembelajaran secara didik hibur sememangnya
memberikan suatu pengalaman pembelajaran yang
menghiburkan murid-murid terutama murid pendidikan khas.
Didapati, dengan menggunakan elemen didik hibur, murid
lebih mudah untuk menguasai sesuatu pengajaran dengan
baik.
Semasa proses pengajaran dan pembelajaran, murid
memerlukan lebih banyak latihan pengukuhan bagi
memastikan mereka memahami tajuk yang diajar. Melalui
pemerhatian, mereka akan merasa bosan jika hanya
241

