Page 244 - Amalan Terbaik dan Inovasi dalam PdP PPDMT 2021
P. 244

SIGNIFIKAN INOVASI



        Menurut Hanafi, Jamila & Rosadah (2012), sekiranya kemahiran membaca dan menulis

        tidak  diperoleh  dengan  mahir,  risiko  kanak-kanak  untuk  gagal  dalam  sistem

        persekolahan  akan  meningkat.  Oleh  itu,  guru  haruslah  mempelbagaikan  teknik

        pengajaran  membaca  agar  dapat  menjadikan  pengajaran  lebih  bervariasai,  menarik


        serta dapat menimbulkan minat murid untuk belajar dengan lebih bersungguhsungguh.

        Terdapat beberapa panduan yang boleh membantu guru dalam proses mengira.


                       Corak pembelajaran yang                 diperkenalkan adalah mudah namun dapat

        membantu meningkatkan kefahaman murid terhadap ibadah solat. Perkara ini diakui

        oleh Wardle (2008) yang menyatakan bahawa bermain dapat merangsang fungsifungsi

        otak dan domain pembelajaran berintegrasi antara satu sama lain secara semula jadi.


        Bahkan ianya turut dipersetujui oleh Downey & Garzoli (2007) dalam artikelnya yang

        menyatakan bahawa kaedah bermain dapat merangsang proses pembelajaran menjadi

        lebih  bermakna.  Impaknya,  sepanjang  sesi  PdP  murid-murid  didapati  seronok  dan

        menguasai isi pelajaran yang disampaikan oleh guru dengan baik.
































                                                            244
   239   240   241   242   243   244   245   246   247   248   249