Page 243 - Amalan Terbaik dan Inovasi dalam PdP PPDMT 2021
P. 243
LATAR BELAKANG INOVASI
Saya adalah guru Pendidikan Khas di SMK Air Molek Melaka. Semasa sesi pengajaran
dan pembelajaran Pendidikan Khas selama 3 bulan di tahun 2019, saya mendapati
murid saya agak sukar mengenal nombor dan mengenal turutan nombor. Timbul
persoalan di fikiran saya mengapa agaknya mereka tidak boleh mengenal nombor serta
turutan yang betul. Ini menyebabkan mereka tidak boleh mengira dengan betul. Oleh
itu, saya telah menjalankan pemerhatian tidak berstruktur dalam P&P saya. Hasil
dapatannya, saya dapati mereka kurang berminat untuk mengira, tidak boleh mengira
dengan betul, serta kurang memberi tumpuan terhadap apa yang diajar dan amat suka
bermain-main semasa P&P. Sekiranya masalah ini tidak diberi perhatian, maka mereka
akan menjadi murid yang tercicir. Sehubungan itu, saya telah menjalankan satu kajian
tindakan ini. Maka terhasil satu inovasi Snake Math Game.
Kaedah pengajaran dan pembelajaran ini akan dilakukan dalam kelas
semasa waktu matematik. Murid akan dikenalpasti mengikut tahap penguasaan dan
pemahaman mereka terhadap konsep mengira. Dalam kelas ini, terdapat dua
kumpulan iaitu yang lemah dan sederhana. Mereka dipecahkan kepada 2 kumpulan
bagi membezakan soalan-soalan yang diberikan.
Guru akan memberikan soalan berdasarkan tajuk yang diajar. Program ini
diteruskan sehingga murid menunjukkan peningkatan dan perkembangan yang positif.
Snake Math Game digunakan oleh guru untuk menarik minat murid belajar mengira
dan tajuk-tajuk yang diajar dalam matapelajaran matematik. Permainan ini akan
menjadikan mereka seronok dalam mempelajari operasi tambah dan tolak. Murid yang
berjaya menjawab soalan dan menghabiskan permainan akan diberi ganjaran.
243

